Monday, October 21, 2013

SEMESTER BREAK PART ONE


Assalammualaikum dan salam sejahtera to all follower =)

Semester break begins. Already one week. A quite boring but I’m try to fulfil with a lot of activities after this. Now, already done with three activities, which is attend the CHANGE/UBAH programme, contribute flyers and read Al Quran. Top up my iman, increase my knowledge when I read the Quran with translation. In Quran, it’s really touched my heart. Its function like give you answer of your question; about His challenge, doa’, the history of Prophet Muhammad s.a.w and all about Islam that we don’t know but Quran already gave the answer. Subhanallah. Before this, I only read. I didn’t tend to read the translation. *menangis laju2

Now, I want to share about what I had done and got for the first week of my semester break. *my English not power rangers la.. but I try my best!!!

Saturday, I woke up late even though I already set my alarm at 6.30 am. Oh my badness! So, I lost a chance for my dad pick up me at KTM station. Why? Because I’m brought the BIG GIANT bag on that day. Hahaha ^^’ my mommy want to borrow it because she want to go Medan, my hometown to attend my cousin wedding. So, she want to borrow but unfortunately until now, I didn’t kemas my things. ( only my cloths, the rest already done) balik ngan housemate kesayangan, kak sha! hihi dia balik sabah, aku balik KL. Tunggu KTM sambil selfie2 sket ambil gambar bajet POYO! hihihi .. sampai sahaja di KL, aku terus sahaja mengikuti rombongan kak Bulan dan sir Adli ke rumah network mereka. Aku belajar home party. Tapi perjalanan ke sana tu, mak aih.. tercabut kaki aku dibuatnya. Namun itu lah kata orang2 nak berjaya, “kena susah2 dahulu, next kita bersenang2”. Al kisahnya bermula sejak time habis exam. PM kak bulan sbb nak join belajar home party. Then dia kata sabtu ada kat Sentul. So, with the high determination want to be success, I’m offered myself to join with them to learn how the home party they do. So, she told me at Jalan Madrasah Uthmaniah, Padang Balang. So I asked all my member which stay in Padang Balang but all of them were don’t know where is it. Then, my sister told to me. Tempat tu kat simpang tiga Gombak tu walhal Liyana dah cakap kat aku, itu Madrasah Tarbiyah. Dah la berjalan satu hal lak ke sana kat sana. Then bila sampai sana, tengok2.. cis! Betul kata Liyana. Itu Madrasah Tarbiyah. Huhuhu.. then call isma, msj kak bulan. Hampir give up gak aku mulanya. So aku pon patah la balik. Then, otw nak balik tu, tergerak gak la hati aku nak lalu Padang Balang belah kat sungai tu. Then,berjalan2 jumpa mak cik2. Aku ni boleh dikatakan peramah gak la orangnya. Hik hik yela.. kalo tak tahu jalan, tanya.. bak kata pepatah melayu, Malu bertanya, sesat jalan! Ok.. I got the answer from the aunties! Erm jauh giler. Lepas lagi dr Masjid Saidina Hamzah.. T_T *sad. Berjalanlah daku dari sungai tu ke madrasah. Actually on the way nak ke sana, aku Tanya gak sape2 yg aku jumpa. Hik hik hik.

So, nak dipendekkan cerita yang panjang lebar, aku pon dah di dalam rumah nak buat home party tu. *gila short punyer cerita.. hahaha ^_^ aku pon belajar la macam mana nak explain pasal sanitary pads Avail, product2 and punca2 penyakit. Sir Adli guna mesin khas. So on that day, aku jadi pencatit panyakit! Hewhewhew.. dah macam nurse.. ^^’ then, makan2 pastu balik. Kak Bulan sempat cakap, nak buat kena ada group. So, kena plan la lepas ni. Hurmm *mengeluh  but, nak berjaya harus ada plan! So manage to plan with some activities.
Hari Raya Haji jatuh pada hari selasa. My mum cooked nasi impit, kuah lodeh, rending.. nyum nyum.. tahun ni Alhamdulillah.. dapat rezeki daging kurban. Sebenarnya pagi raya lagi rezeki sudah bertandang. Jiran baru sebelah rumah masakkan nasi hujan panas, daging masak kicap and acar sayur. Alhamdulillah… seperti raya2 sebelum ni, rumah den tetap sunyi.. huhuhu sebab hidup tanpa saudara mara, so lauk raya tu jadi breakfast, lunch dan dinner.. hahaha so I have the target! Cari jodoh orang-orang sini sebab senanglah kalau nak pi beraya. Hahaha.. *nakal2 gitu.. sambil2 tu gak, aku post pasal program CHANGE! UBAH.. namun apakan daya, tiada respon* sad lagi.

Then before attend the program, aku pon sebarkan flyers kat Chow Kit, Masjid India and lastly kat Pasar Seni. Berlari2 aku menuju group yang ramai orang untuk beri mereka flyers. Ada yang menerima, ada yang menolak. Itu lumrah. Dulu aku pernah sebar flyers kat flat, budak tu siap hancur kan lagi depan mata aku. Huhuh T_T apa boleh buat. Tapi semangat nak menyebar tu tak pernah hilang.

Jumaat lalu, aku mendapat khabar berita dari adikku bahawa ibu kepada sahabat aku telah pergi menghadap Illahi. Innalillahiwainnalillahirajiun. Saat aku menerima berita ini, tak semena-mena air mataku jatuh bercucuran. Bukan sebab apa, sebab aku mengenangkan adikku yang jauh di perantauan. Bukan mudah untuk pulang jika berada beribu-beribu kilometre dari keluarga tercinta. Lupa nak beritahu. Sahabatku adalah senior adikku di Rusia. Mereka sambung pengajian dalam bidang perubatan di Volgograd Medical State University. Sahabatku tahun kelima manakala adikku di tahun kedua. Ibunya menghidap penyakit yang berkaitan dengan jantung namun tidak berapa pasti aku keadaannya.




Sabtu, aku menghadiri program CHANGE bersama adikku yang sekarang belajar di tingkatan 4. Lambat sikit aku bertolak pada hari tu. Pukul 10 pagi baru aku tiba. Perjalananku bermula dengan menaiki bas, KTM dan teksi. Sungguh jauh perjalanan ku rasakan. Nasib baiklah setibanya aku di sana, program baru bermula. Perkongsian bermula dengan mentorku, Sir Mohd Zahir Rahmat Ali dan diikuti speaker kedua, Sir Azman Bidin. Kedua-dua mereka amat pakar dalam bidang perniagaan. Para peserta yang menghadiri program tersebut turut didedahkan tentang perniaagaan dan berkongsi bagaimana untuk berubah. Program ini sangat bermanfaat dan akan berada di sekitar Selangor, iaitu Hotel De Palma, Hotel Grand Court Sepang , Hotel De Palma Klang dan sebagainya. Berminat? Saya akan inform kemudian. ^_^   Then, after program selesai, aku segera pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Time balik tu jauh lebih murah dari time aku pergi. Huhu petang sampai je rumah. Aten whatsapp. Guess what? Dia bagi Fruit Tartlet!! Hehehe dia start jual Fruit Tartlet. She gaves me to try and ask me to promote on my social network. In sha Allah, I will help her. =)



please follow insta ----> atennabella

Ahad, bangun lalu bersiap untuk melawat sahabatku yang kehilangan ibunya tadi. Aku menaiki motor bersama aten lalu tiba di rumah sahabatku, Nur Adila Zawawi. Setibanya di rumah Adila, aku pun bertanya khabarnya. Sedih juga aku mendengar luahan hatinya namun apakan daya. Maut itu di tangan Tuhan. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Aku merasakan kesedihan dirinya apabila beliau bercerita kepadaku,matanya berkacakan air mata. Tidak lama aku luangkan masa sebab menghormati ada tetamu datang waktu itu. Lalu aku dan aten meminta izin untuk pulang. Aku sempat memberi kata-kata semangat kepadanya. Ada rezeki lebih, aku berikan kepada Adila. Meskipun sedikit, aku harap dapat meringankan bebannya. Sepanjang perjalanan pulang, aku banyak berborak dengan Aten. Sahabatku dari sekolah rendah hingga kini. Ok lah. Tak banyak nak dituliskan. In sha Allah, akan ada next entry.

Assalammualaikum! Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang.. ^_^












Thursday, October 10, 2013

second mission is COMPLETE!!

Assalammualaikum dan salam sahabat encik cik followers! =)

Alhamdulillah.. baru sahaja habis ber-imtihan selama 2 minggu. Padat sungguh time table ku.. first week je dah ada sehari dua paper. Then second week, amek hang! Isnin, Selasa and Rabu.. =,= .. sakit deh.. but Alhamdulillah.. all out.. thanks my team mate yg share note.. lecture yang banyak membantu.. arigato! Arigato! *tunduk Jepun..

I’m totally complete my second year! Yeay! But it is not the ending.. *adessss.. another one semester to go and ending with the internship… #baruNakBalingTopiIjazah… hohohoho It’s ok. Bak kata Datuk Presiden MSU,   

“Success is a Journey”

 so, pe la.. take as a challenge RINI!!! Chayok!!..

Mengantuk.. #yawn~~~ but rasa cm tak meet target lak sbb tak aim sebenarnya nak berblogging but tibe2 lak cinta itu datang.. ok laling!!! I’m follow.. follow kata hati. Aku plan cuti ni tak nak buat part time.. boleh ke.. dah la sem depan banyak pakai duit.. aduh derr.. “ duit! Duit! Di mana kau duit! Duit! Duit! *sila nyanyi.. hahaha ya I’m admit.. Too much money need to be spend next semester.

Lagi satu semester ni buat aku rasa macam nak nangis je.. hey tangechi! Why? Because tak lama lagi habis study, kerja, bagi mak ayah duit, pastu kahwin…. *malu2 kucing.. ^^,’.. haip! Haip! Kumpul asset dulu.. kereta seketul, rumah seketul.. complete! Baru leh kawen tau.. huhuhu..

Next semester nie, aku nak plan betul2.. nak buat time management yg betul.. sbb aku ni dah tua kerepot pon, time management pon tak betul lg… =,=’ serabut sana sini. Aku nak gak ada bisnes sendiri.. develop by advise from mentor tp tu la aku nie.. tak confident!~~~~ bila la nak confident.. =_=’

Ok ok.. now aku tahu ape perlu aku buat. Kena ada atleast buku 555. Buku hutang??? Bukan saiz nama buku 555, tapi bukan hutang ye.. check to do list! Supaya proper sket. Buat  target dlm sehari. Kena meet. Tak meet, post mortem! *dah macam subject lak.. no no! exam baru je habis.. ok ok.. den ngantuk.. k.. jumpe lain kali la k…

Bye! <3


assalammualaikum.. tak jawab dosa! Kalo jawab, Allah sayang.. ^_^

Sunday, September 15, 2013

puisi malam hari...

Diriku hanya insan biasa,

Singgah dibumiNya yg ku tak tahu sampai bila,


Usahlah kamu melihatku dengan pandangan berbeza,


Asalkan kau tahu yg aku juga ingin berjalan dan berlari gigih di jalan Ilahi,


Aku juga seperti kamu, 

Dtg dari Dia dan pulang juga kepada Dia..

Asalkan kau tahu,

Aku berada di dahan yg tidak kukuh,

Ditiup angin lalu jatuh,

Tak mampu berdiri teguh,

Namun bagi perjalanan hidup,

Jika jatuh aku pilu,

Jika bangun aku tersenyum,

Kerana ku tahu Dia di situ,

Dia di situ bukan untukku,

Tapi untuk kita.. :')

Sunday, June 9, 2013

Kembali Bertinta di Pena Si Gadis..

Assalammualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah baru sahaja aku menjalani final exam di kolej ku.. semester ini ku rasakan terlalu singkat buatku. Mungkin juga kerana sem ini tidak seperti sem yg sebelumnya. Entah kenapa hatiku begitu membuak-buak ingin meluangkan masa di blog ku.. erm.. mungkin juga aku melihat blogger aktif seperti Hanis Zalikha, Dena Bahrin, Maria Elena dan Irine Nadia yg begitu teruja dengan dunia blogging ini. Lepas ini, in sha Allah, aku juga mahu menjadi blogger seperti mereka, jika kesempatan masa ku ada untuk ruangan ku ini. Cuti semester ini entah kenapa ku rasakan terlalu panjang waktunya. Mungkin juga kerana aku tidak bermusafir seperti sebelum ini. Melihat ke negeri org, budaya org, cara hidup org.. erm.. entah la.. ada masa, wang and cuti yg panjang, in sha Allah aku akan ke sana kembali.

Kini, aku sudah menjengah ke semester 4 bersama dengan rakan-rakanku yg lain. Bermula dengan semester pendek dan sekarang tengah cuti semester. Semester depan, bermulalah semester panjang yg di mana kami bertarung dengan 6 subjek yg agak ‘killer’ bg kami. In sha Allah, dengan keyakinan dan semangat demi masa depan keluarga, diharap semuanya dipermudahkan dengan redaMu ya Allah. Aku berharap juga semester ini, aku dapat merasakan nikmat bergelar student ‘DEAN LIST’ yang selama ini aku idam-idamkan. Mungkin juga usaha ku kurang, atau mungkin juga perjalanan ku yg agak2 lalai juga sedangkan aku sudah berada di tahun kedua di MSU. MSU Universiti Pilihan ^_^ *promote masuk U.. hehehehe In sha Allah.. target itu PASTI!

Berfikir pula aku dengan usiaku yg menjengah 22 tahun setengah.. (tahun depan 23 tahun) aku mula memikirkan betapa besarnya tanggungjawab yg bakal aku galas sesudah aku menamatkan pengajian. Melihat adik2 yg masih mengejar cita-cita mereka, ayah ibu yg sudah tua, dan seorang kakak yg kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga.. entah bila aku tidak tahu asalkan Kau permudahkan jodohnya ya Allah. Dalam usia ku ini, aku seboleh-bolehnya mengelak dari berfikir soal jodoh meskipun ada dikalangan rakan-rakanku yang telah mendirikan rumah tangga. Rakan-rakanku yang lain begitu beriya-iya berkongsi soal jodoh, rumah tangga dan keluarga yg mereka idam-idamkan. Sedangkan aku hanya mampu menyorokkan semua ini. Ini kerana aku terlalu terikat dengan keadaan keluargaku. Aku melihat rumahku yg disewa dr seorg lelaki bernama Cik Mat yg ku rasakan using buatku. Malah, baru2 ini sahaja, rumahku dilanda banjir. Atap yg telah lebih 15 tahun berkhidmat buat keluargaku tidak lagi kukuh. Keluarga ku terpaksa memanggil orang utk membaiki rumah kami. Sewaktu keluargaku kelam kabut menenangkan keadaan waktu banjir itu, aku pula di Shah Alam.. erm.. hiba yg mampu ku rasakan. Aku berharap, selagi usia ku masih lagi utuh di muka bumi Yang Maha Esa, aku akan berusaha untuk mendapatkan rumah buat keluargaku meskipun bukanlah sebuah banglo mewah, asalkan tempat yang sempurna untuk berteduh. In sha Allah. Sesungguhnya Kaulah yg Maha Mengetahui.

Aku berharap agar usiaku dipanjangkan untuk aku terus berbakti pada semua. Buat keluarga tercinta, keluarga angkat yg tidak pernah putus-putus memberi sokongan, guru-guru yg sentiasa menyokong, sahabat handai dan semua yg dekat denganku. In sha Allah…


*tulisanku bersahaja.. untuk menarik mood menulis blog.. hehe =)

Sekian..


Assalammualaikum. Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang  ^^,

Saturday, April 20, 2013

Dena Bahrin contest.. =)

salam and hai follower.. =) 

Alhamdulillah masih bernafas lagi hingga ke hari ini. erm.. dah lama tak update blog. busy.. huhuhu tak pe2 ngah ada kesempatan curi2 nie, update jap.

Baru2 nie kelas e-commerce, madam Farah Ezora bertanya kepada kami sekelas, sapa yg ada blog? then aku pon angkat la tangan aku. tanpe aku sedar, lupe lak. aku nie dah la jarang update. blog just bila free je. but sy bukan la blogger politik. just suka suki je. ^_^

just wanna sharing. busy sgt kebelakangan ini berpeluang gak la nak join contest by Dena Bahrin.. she's one of the blogger that sy suke  la. nie URL dia , http://denakamarulbahrin.blogspot.com/ 

k la nak study .. sok balik KL.. just nak share ape yg sy post.. 


Who inspire you most?

Kasih ayah selamanya. Ayah, encik Syafrizal bin Rahmat ialah seseorang yang memberi inspirasi dalam hidup saya. Ayah tidak pernah berputus asa dlm hidupnya mencari rezeki buat kami sekeluarga. Biarpun gaji ayah tidak menentu kerana pekerjaannya sebagai tukang kasut yang terpaksa memegang alas kaki pelanggan sebagai sumber rezeki, namun tanggungjawab yg digalasinya, digagahi jua tulang empat keratnya demi masa depan keluarga tercinta. 365 hari dalam setahun, hanya seminggu ayah luangkan dengan kami. Yang selebihnya, mencari rezeki yg buat yg dicintai.  Meskipun hidup kami sebagai perantau tanpa saudara mara disisi, ayah amat tegas akan pendidikan kami adik-beradik. Kata ayah, “Tiada tanah pusaka mahupun rumah warisan untuk anak-anak, hanya ilmu yang ayah tinggalkan bila ayah sudah tiada.” Ayah hampir dijemput Illahi kerana sakit yang tidak diketahui, namun kerana percaya dan kasih, Alhamdullilllah ayah masih bersama kami di bumi kembara ini.

Why you would like to join this contest?


I would like to join this contest because I want to say how much my dad most inspires me in my journey of my life. And of course, for his upcoming birthday on this 27 April, I pray to Allah that my father will always a pink oh health and work hard for our family’s future. 




*simple but bermakna pada diri sy.. =')


sekian.. 



ASSALAMMUALAIKUM. TAK JAWAB DOSA.. KALAU JAWAB, ALLAH SAYANG =)





Monday, January 14, 2013

H.I.J.R.A.H


Salam and hai followers ^_^
13 Januari 2013. Ahad. 30 Safar 1434 Hijrah..

H.I.J.R.A.H.. nie topic pertama yg sy sharekan kepada anda tentang apa yg saya fikirkan. Saya suka menyebut perkataan ini. Kerana apa? Perkataan ini membawa maksud perpindahan, perubahan dan peralihan, sama ada tempat mahupun diri kita, dari yg kurang baik menjadi lebih baik.

Kalau zaman Rasulullah s.a.w, hijrah baginda kearah untuk menyebarkan syiar Islam dan mengajak umatnya menyembah Allah yg satu. Kerana tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah. Hijrah baginda memberi satu makna hingga tersebarnya agama Islam di serata dunia pada hari ini.

Kalau zaman sekarang, hijrah kebanyakannya tertumpu kepada beralih tempat tinggal, dan sebagainya. Tapi, apakah hijrah yg ingin sy katakan di sini? Di post sy ini. Ini pendapat sy. Jadi tidak ada kena mengena dengan mana2 sumber atau fakta. Hanya satu perkongsian.

Sejak kebelakangan ini,banyak perhijrahan berlaku di sekeliling persekitaran sy. Melihat lebih ramai daripada mereka berubah menjadi yg lebih baik. Jika dulu, jeans dan tshirt menjai pilihan, namum kini, pakaian muslimah menjadi satu kemestian yg selalu sy nampak. Jika dahulu mereka tidak bertudung, tapi hari ini mereka berubah penampilan mereka dengan bertudung. Yup. Mungkin pakaiannya masih lagi style yg lama. Namun, adalah lebih baik jika bermula sikit demi sedikit dahulu kerana yg bertitik mula itu pasti ada penghujung.

Adik sy pernah mengatakan kepada sy di laman Twitter, bila sy post “cantiknya diaorg yg pakai bj muslimah ni” lalu adik sy reply, pakai la.. mula2 fake dulu, nt lama2 ikhlas . Betul juga apa yg dikatakannya. Jadi, kalo sesiapa di sini yg mahu bertudung tetapi tidak yakin, mulakan lah dengan menjadi fake dulu kerana lama2 niat ini akan menjadi ikhlas juga. Kita juga tahu, dlm agama juga mewajibkan perempuan untuk menutup aurat. Jangan perosoalkan kerana ini adalah perintah Allah s.w.t.

Terus terang saya katakan disini, SANGAT CANTIK bila perempuan berpakaian muslimah. Subhanallah. Sukar  bibir sy cakap yg terdedah itu cantik. Di MSU, Alhamdulillah sy melihat banyak perempuan2 muslimah ini. Rasa tenang je melihat. Sedikit sebanyak mendorong diri kita merubah cara berpakaian. Bila kita berpakain lebih sopan, maka kita dpt mengelakkan diri kita dari anasir2 yg tidak baik, diri kita jd lebih selamat dan terpelihara. In sha allah.

Penghijrahan seterusnya ialah penghijrahan hati yg Jahiliah ke arah hati yg suci. Paling meruntun jiwa sy bila melihat mereka yg dulunya jahil, sosial dan sejahat2 manusia akhirnya berubah menjadi org yg suci hatinya. Ada diantara mereka memilih untuk berdakwah selepas penghijrahan dirinya. Alhamdulillah. Ini adalah perkara yg baik untuk kita jadikan ibrah dalam hidup kita seharian. Mereka2 ini mendapat hidayahNya dr mimpi, mimpi kiamat dan sebagainya. Mendengar cerita mereka, tidak timbulkan insaf dalam diri kita untuk menjadi seperti mereka. Mereka yg diluar sana masih lagi seronok dengan kenikmatan dunia. Ambillah iktibar dr perjalanan mereka ini. Mungkin kita bukan insan terpilih untuk mendapat mimpi seperti mereka tp kita adalah insan yg terpilih untuk menjadi pengikutnya kelak. Terus terang sy katakan, sy bukan insan sempurna untuk berbicara tp untuk meluahkan dan berkongsi, apa salahnnya kan.

Rezeki dariNya bukan berada di satu tempat sahaja. Maka berhijrahlah kita untuk mencari rezekiNya. Janganlah kita putus asa jika tidak punya rezeki di tempat sendiri. Mungkin ada hikmahnya rezeki dicari ditempat org. Sabar dan sabarlah mencari rezekiNya. Dengan berhijrah, kita dapat menubah nasib kita. Pernah dengar frasa ini? “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri” tolong betulkan saya kalau saya salah k. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, yg kabur nampak nyata, yg nyata nampak jelas. Berhijrahlah mencari rezeki kerana rezeki Allah itu ada dimana2. Bertempiaranlah kamu mencari rezeki Allah.


Akhir kata, JOM HIJRAH!!!! Sekian….



Assalammualaikum.. Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang =)


finish mid exam


Salam and hai followers ^_^

13 Januari 2013. Ahad. 30 Safar 1434 Hijrah..

Kalau sudah berniat, mengapa tidak diteruskan bukan? Hurm.. ada pun kesempatan untuk update blog setelah seminggu menghadapi minggu exam.. =) ma an najah to all MSU-ian..

Exam kali ini aku rasakan tidak seberapa baik untuk ku. Rase seperti tidak mahu melihat result mid sem nt. Jadi biarlah.. focus untuk akan dtg je lebih baik. Rasa pengajaran jugak untuk aku supaya bersedia lebih awal. Mungkin sudah jadi tabiat dlm diri aku nie, STUDY LAST MINUTE!!! Kalau time sekolah boleh la.. nie U.. belajar sambil fahamkan. Kalau tidak, kita digelar, BELAJAR UNTUK LULUS JE. So, akan dtg, dielakkan sebaik mungkin.

Kita tidak tahu bagaimana akan terjadi untuk yg seterusnya. Apakah lebih baik atau sebaliknya. Hurm. Yg hari ni baik, tidak selamanya baik. Namun haruslah kita bersangka baik. Hari ini, in sha Allah akan mencari kesempatan untuk meng-upgrade-kan laptop nie. Sebab bateri pun dah low capacity, RAM pon 1 GIG je. Sgt berat. Jadi biarlah keluar duit sket apa salahnya kan, untuk belajar juga. K la .. terasa nak taip something.. about sharing my opinion. =) k bye!

Assalammualaikum.. Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang =)

Saturday, January 5, 2013

social media addict!

salam and hai to all.. =)

right now i officially DEACTIVATE my FB and TWITTER also.. sorry.. =( but just want to give some space to me.. but don't worry, i will come back.. PROMISE!



twitter icon =) so cute to me.. follow me if i available k.. @pu3arini


my FB.. the place that i share anything.. especially Islamic post =)



k that's all... 

Assalammualaikum! tak jawab dosa.. kalau jawab, Allah sayang ... Peace !


Thursday, January 3, 2013

bittaufiq wannajah fil imtihan

Salam and hai to all.. i'm back! =) right now, busy with my preparation for exam. *busy la sgt kan.. huhu. but i deactivate my FB because too much addicted with that even though dah nak exam nie kan.. so, DEACTIVATE jela kan.. next maybe deactivate my Twitter.. tp syg la pulak kan.. so, nanti la tgk cmner.

Anyway, to all my member, MSU or di mana2 je.. just wanna wish, bittaufiq wannajah fil imtihan... ^^'



Assalammualaikum.. tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang =)

Tuesday, January 1, 2013

setahun sudah.. semangat 2013 bermula

Salam and hai to all... =)

Alhamdulillah.. masih bernafas di muka bumiNya.. lama menyepi sejak melanjutkan pelajaran ni. sampai sekarang, masih ramai bertanya mengenai diri ini. So, the new year has come, with the new resolution, i will active back in this blog.. weee~~~~ ^_^ so hope u olls enjoy k.. 




Hendak memendekkan cerita untuk perjalanan yg telah jauh berjalan, skrg rini telah melanjutkan pelajaran di peringkat Bachelor in Human Capital Management di Management and Science University. Rini berada di semester 3 skrg. rase cm tak percaya je.. I'm staying in Shah Alam with my housemates that come around Malaysia.. from Sabah, Kelantan, Johor, Melaka and Negeri Sembilan. *sy rase bab yg nie panjang sgt.. jika ada umur yg panjang, In sha Allah rini akan share k.. 





Tahun 2013 dtg menjelma.. Semakin bertambah tahun, semakin bertambah juga usia kita. Tatkala kita gembira mengingati kedatangan tahun baru, jangan lupe akan sesuatu. Semakin meningkat umur, semakin singkat masa kita di dunia. Agak tersentap juga bila kawan ku komen di FB. Namun katannya ada betul juga. Oleh itu, jgn kita alpa dalam meniti perjalanan usia kita. banyak benda yg perlu kita insafi, pelajari, hayati dan telitikan apa yg berlaku di tahun lps. 





kebetulan jumpa gambar nie 

Usia sy meniti ke umur 22 tahun ini. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana Kau berikan aku peluang untuk bernafas, melihat ibu bapaku, kekuatan, dan ketabahan. Moga tahun ini, aku takkan berhenti dari menyembahMu Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuh fasa dewasa yg mencabar kini kerana di usia ini lah kita mudah sesat 
dengan kealpaan dunia. Sy mahu melakukan perubahan diri sy sebanyak 360 degree. Berubah sebaik mana mungkin selagi kita mampu.. In sha Allah.. 

Ntah kenapa tahun semangat nak kembali ke dunia penulisan. Jadi alang2 sudah niat, baik laksanakan.. jangan tangguh2.. entri post akan dtg, sy akan berkongsi apa jua pandangan, isu atau perkara2 yg saya rasakan menarik selagi sy masih ada di muka bumi ini. semoga bersua kembali....


Assalammualaikum.. tak jawab dosa! kalau jawab, Allah syg.. peace....