Assalammualaikum
wrt wbt.
Alhamdulillah baru sahaja aku
menjalani final exam di kolej ku.. semester ini ku rasakan terlalu singkat
buatku. Mungkin juga kerana sem ini tidak seperti sem yg sebelumnya. Entah
kenapa hatiku begitu membuak-buak ingin meluangkan masa di blog ku.. erm..
mungkin juga aku melihat blogger aktif seperti Hanis Zalikha, Dena Bahrin,
Maria Elena dan Irine Nadia yg begitu teruja dengan dunia blogging ini. Lepas
ini, in sha Allah, aku juga mahu menjadi blogger seperti mereka, jika
kesempatan masa ku ada untuk ruangan ku ini. Cuti semester ini entah kenapa ku
rasakan terlalu panjang waktunya. Mungkin juga kerana aku tidak bermusafir
seperti sebelum ini. Melihat ke negeri org, budaya org, cara hidup org.. erm..
entah la.. ada masa, wang and cuti yg panjang, in sha Allah aku akan ke sana
kembali.
Kini, aku sudah menjengah ke
semester 4 bersama dengan rakan-rakanku yg lain. Bermula dengan semester pendek
dan sekarang tengah cuti semester. Semester depan, bermulalah semester panjang
yg di mana kami bertarung dengan 6 subjek yg agak ‘killer’ bg kami. In sha
Allah, dengan keyakinan dan semangat demi masa depan keluarga, diharap semuanya
dipermudahkan dengan redaMu ya Allah. Aku berharap juga semester ini, aku dapat
merasakan nikmat bergelar student ‘DEAN LIST’ yang selama ini aku idam-idamkan.
Mungkin juga usaha ku kurang, atau mungkin juga perjalanan ku yg agak2 lalai
juga sedangkan aku sudah berada di tahun kedua di MSU. MSU Universiti Pilihan
^_^ *promote masuk U.. hehehehe In sha Allah.. target itu PASTI!
Berfikir pula aku dengan usiaku
yg menjengah 22 tahun setengah.. (tahun depan 23 tahun) aku mula memikirkan
betapa besarnya tanggungjawab yg bakal aku galas sesudah aku menamatkan
pengajian. Melihat adik2 yg masih mengejar cita-cita mereka, ayah ibu yg sudah
tua, dan seorang kakak yg kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga.. entah
bila aku tidak tahu asalkan Kau permudahkan jodohnya ya Allah. Dalam usia ku
ini, aku seboleh-bolehnya mengelak dari berfikir soal jodoh meskipun ada
dikalangan rakan-rakanku yang telah mendirikan rumah tangga. Rakan-rakanku yang
lain begitu beriya-iya berkongsi soal jodoh, rumah tangga dan keluarga yg
mereka idam-idamkan. Sedangkan aku hanya mampu menyorokkan semua ini. Ini
kerana aku terlalu terikat dengan keadaan keluargaku. Aku melihat rumahku yg
disewa dr seorg lelaki bernama Cik Mat yg ku rasakan using buatku. Malah, baru2
ini sahaja, rumahku dilanda banjir. Atap yg telah lebih 15 tahun berkhidmat
buat keluargaku tidak lagi kukuh. Keluarga ku terpaksa memanggil orang utk
membaiki rumah kami. Sewaktu keluargaku kelam kabut menenangkan keadaan waktu
banjir itu, aku pula di Shah Alam.. erm.. hiba yg mampu ku rasakan. Aku berharap,
selagi usia ku masih lagi utuh di muka bumi Yang Maha Esa, aku akan berusaha
untuk mendapatkan rumah buat keluargaku meskipun bukanlah sebuah banglo mewah,
asalkan tempat yang sempurna untuk berteduh. In sha Allah. Sesungguhnya Kaulah
yg Maha Mengetahui.
Aku berharap agar usiaku
dipanjangkan untuk aku terus berbakti pada semua. Buat keluarga tercinta,
keluarga angkat yg tidak pernah putus-putus memberi sokongan, guru-guru yg
sentiasa menyokong, sahabat handai dan semua yg dekat denganku. In sha Allah…
*tulisanku bersahaja.. untuk
menarik mood menulis blog.. hehe =)
Sekian..
Assalammualaikum.
Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang
^^,