Tuesday, April 26, 2011

THE SUCCESSFUL JOURNEY

Salam and hai followers


Hai.. miss my blog so much… dah lama tak menulis. Ada gak yg menanya, blog tak update ke?? Erm2 k2 nak update la nie… hehehe ^_^
21 Februari 2011 merupakan tarikh yg takkan aku lupe.. tarikh pengumuman keputusan STPM 2010.. masa tu, aku terpaksa bekerja sebab my frenz, Trishna amek gak STPM tahun lepas. So, bg peluang la suh dia amek dulu.. tepat pukul 12.oo tgh hari, aku send SMS utk mengetahui result STPM. Aku send terus ke MPM.. lastly, pukul 1.00 ptg, time ‘greeting’ kat tempat keje aku, hp aku tibe2 vibrate. Aku dah start cuak pada mulenya.. so, aku pon tgk la msj yg diterima.. dup dap dup dap… aku dapati…
Aku dpt 4 PRINSIPAL.. Alhamdulillah.. aku lulus penuh bg 4 subjek.. Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonomi, Pengajian Perniagaan. Mule2 aku risau kalo aku tak dapat prinsipal utk Pengajian Am sebab subjek ni la pembunuh bg kelayakan utk masuk U. Alhamdulillah.. aku skor subjek ini dengan jayanya.. heheh :) ramai gak yg bertanyakan tentang keputusan aku.. dan ramai yang wish congratz.. ^_^ rasa happy yg tak terhingga.. aku harap kegembiraan ini takkan buat aku jd manusia yg riak.. Insyaallah…
Aku amek result pada hari Rabu dengan member aku, Atierah .. Atierah pon dapat 4 Prinsipal cm aku.. hehehe congratz Atierah… ^_^ sampai je sekolah, bekas cikgu Ekonomi aku, Puan Mardziah pon menyambut kedatangan kami and menyuruh kami bg kata2 semangat kt bdk2 form 6 tahun ini.. aku rase serba salah coz keputusan aku tak la sebaik mana.. namun, demi kebaikan bersama, aku pon memberi la semangat pada diaorg.. huhuh.. lepas tu, aku ngan Atierah pon pergi la bilik guru.. Ramai cikgu wish tahniah.. rasa segan pon ada.. rasa pelik pon ada gak.. cmner cikgu2 tahu nie.. rupenya.. hari semalam, cikgu2 meeting dan nama pelajar yg cemerlang STPM ( Khairah, Rini and Atierah ) disebut dlm meeting… haish.. patutla.. huhuhu.. Terima Kasih Cikgu2!!! Kami amek keputusan kat pejabat bersama Puan Preammah dan beliau photostat result kami.. kemudian beliau memberi kami kad jemputan.. Jemputan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda, Universiti Sains Malaysia… sebelum balik, cikgu Mardziah belanja kami makan.. hehehe kenyang.. TERIMA KASIH CIKGU!! ^_^

Merenung di sebalik kejayaan ini, teringat lak time mula2 masuk form 6 dulu.. masa mula2 masuk, tak ada apa yg indah.. bertemu ngan orang yang lain dari yang lain.. mereka yg tak pernah sekelas dengan aku ataupun dengan mereka yang pernah sekelas dgn aku.. keputusan utk masuk form 6 nie dah lama aku fikir sejak dari tingkatan 5 lg.. ayah la orang pertama yg menyokong aku.. mungkin ayah telah lihat mereka yg pernah masuk form 6 berjaya.. jadi, ayahlah orang yang memberi semangat kepadaku. Mule2 aku tak dpt terima keadaan sekeliling.. sunyi.. sunyi.. sunyi.. mungkin kerana merindui kawan2 yg selalu ada di sisi.. pada mulanya, aku ingin mengambil aliran sains sebab nak tebus kembali kegagalan lalu.. namun, tak boleh.. lalu, aku reda dengan apa yang aku perolehi..
Masa mule2 amek form 6, ayah suruh aku bertukar ke sekolah lain. Ayah sanggup bawak aku melihat ke SMK Tinggi Setapak dengan menaiki motor. Kata ayah, nanti ayah belikan motor second-hand.. namun, aku tetap gak ngan pendirian aku di sini.. di SMK Batu Muda.. hurm.. betapa degilnya aku… aku memulakan perjalanan pertama di form 6 dengan keadaan kelas ku yg serba kekurangan.. berpindah sana sini macam pelarian.. huhuhu
Dugaan semasa belajar di Lower Six mmg tak pernah aku jangka.. dugaan pertama dlm hidup aku ialah apabila kawan2 mula memandang rendah dengan aku.. mereka jauh lebih baik dari aku.. dapat matriks.. dapat masuk asasi… masuk diploma.. tapi aku.. masuk form 6 je.. dah tu, pakai bj sekolah lagi.. huhu.. kdg2 terasa tersisih gak.. walau bagaimanapun, masih ada gak yg menyokong keputusan aku.. memberi kata2 positif pada aku.. THANKS FRENZ!!!! Aku tak pernah putus asa.. aku buat rujukan sana sini.. Tanya senior2 aku pasal form6.. ramai yang bg kata2 positif dan negatif..
Positive side :
From Azlan : bagus pe masuk form 6.. jadi cm farhan.. Ja’a…
From cikgu2 : bagus masuk form 6.. sebab bdk2 form 6 dipandang orang kat U..
Negative side :
From my ex-classmate : pe barang form 6.. aku standard U je..
From other : STPM antara 5 buah peperiksaan tersusah di dunia .. ( ceh, aku tak cuak langsung k!! )
Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Ayah yang selama ini menjadi pembakar semangat aku telah diserang penyakit yg tak pernah aku sangka. Kami hilang sumber punca pendapatan. Ingatkan penyakit ayah dapat sembuh tapi tidak. Keadaan bertambah buruk apabila ayah hilang ingatan. Pada masa itu jugalah, aku bagaikan hilang arah. Aku mahu sahaja berhenti sekolah. Dah tu, cikgu2 mula bertanyakan tentang bayaran buku2 yg dibeli.. Masa itu aku rasa segan kerana tidak mampu membayar buku2 tersebut. Lalu kerana keinginan aku untuk belajar, aku gagahkan diri dan tebalkan muka aku utk bertemu dengan keluarga angkat bagi meminjam duit dari mereka.


thanks umi and abi... ^_^ always support me..
Menyorot kembali kisah keluarga aku apabila ayahku hilang ingatan, susah aku gambarkan. Balik sahaja sekolah, aku akan ke hospital utk menjaga ayah.. dari wad biasa, ICU dan last sekali kat wad Neurologi.. kalo cuti lak, bermalam kat sana jaga ayah.. Pernah sekali aku pulang dari hospital dgn menaiki bas, aku menangis sambil berdiri. Melihat ayahku ditinggalkan sendirian di sana.. apabila uruskan ayahku, kadangkala air mata ini mengalir.. memikirkan bila rasanya ayah akan sembuh.. sebagai seorg anak, aku ingin lihat ayah sihat seperti dulu. Namun apakan daya. Sebulan selepas ayah keluar dari hospital, ayahku sembuh. Tetapi ingatannya tetap lemah. Ayah hanya mampu mengingat kenangan lama berbanding sekarang. Huhuhu namun aku bersyukur kerna ayah masih mampu melihat aku berjaya..


ayah.. happy birthday... ( 27 April 2011 )
Bila time cuti sekolah je, aku akan cari peluang utk bekerja. Utk menggantikan hutang aku pada keluarga angkatku. Bile time puasa, tlg org jual kuih ngan nasi lemak. Sejak masuk form 6, baju raya je mesti pakai duit hasil pencarian bulan puasa. Alhamdulillah, aku sedikit pun tidak menyusahkan mak atau ayah. Pendek kata, dlm setiap yg aku lakukan, hanya 1 je yg aku fikir… mungkin aku susah hari nie, tapi akan dtg, aku akan senang..
Bile naik Upper Six, biasa la.. tanggungjawab byk.. ada je yg nak dibuat.. huhu dan kadangkala membuatkan cikgu bising ngan aku. Tapi Alhamdulillah, sesibuk mana pon, keje sekolah tak pernah MISS!! Kolokium aku setel. Kolokium aku nie pon banyak gak cabaran dia. Dah siap aku buat, cikgu REJECT.. alasan, aku buat dlm bentuk point, bukan dlm karangan. So, kenalah aku buat balik. Dlm sibuk2 kawad, aku berjaya gak bentangkan kolokium aku. Walaupun aku keletihan, namun aku berjaya gak kolokium aku nie.. Dapat markah tinggi owh… heheheh ^_^ then, habis kawad, habis la segala agenda aku and time to focus la…
Macam2 benda yg aku usahakan.. cari bahan sana sini, follow blog cikgu2 subjek, tanye member2 form 6… yg paling penting, kerja sekolah jangan tak buat.. Jangan MISS pon walaupun busy mana diri aku nie..
Tahun 2010 menyaksikan kejayaan cemerlang dlm keluarga kami. Disamping kejayaan aku, adik aku yg tamat SPM di MRSM Tun Ghafar Baba, Fauziah @ jiah telah berjaya dpt straight A dlm SPM.. ( 7A+ dan 2A). Kejayaan cemerlang dlm keluarga aku setakat ini. Aku cadangkan ngan adik aku agar amek Bioteknologi kerana bidang itu yg semakin maju sekarang. Tapi, biarlah.. itu pilihan dia.. agar dia berjaya dlm hidup.. AMIN..
Tahun 2011 tahun yg sme2 smbung belajar. Adik aku, Liza lak amek SPM. Dan yang lain belum lagi capai usia. Teringat lak aku kata2 seorang penceramah kepada aku masa aku form 5.. ‘awak mampu berjaya dlm hidup awak, awak boleh pergi jauh’. Sekali aku imbas ayat nie, semakin berkobar2 semangt aku. Ingin lak aku jumpe penceramah tu walaupun mungkin aku dah tak bpe ingat nama dia. ( yg paling sedihnye, aku terhilangkan lak kertas yg dia bg kata2 semangat tu… huhuhu
Bak kata orang, hidup seorang perantau memang tak ada senang. Pasti susah. Namun setiap yang susah itu, pasti ada kegambiraan di penghujungnya. Hari ini, 23 April 2011, aku terpilih sebagai penerima Anugerah Cemerlang Akademik 2010. Kali kedua dlm hidup aku.. hurm.. ni adalah gambar yg diambil khas pakai hp aku..









terima kasih juga pada kawan2, cikgu2 dan semua yg bagi semangat dalam mengejar hidup ini.. semoga mereka ini gembira dan dilindungi oleh Allah SWT... amin...

Pape pon, dlm hidup kita, jangan kenal erti putus asa. Apa jua yg ditakdirkan dlm hidup nie, kena terima gak. Jangan pandang rendah hanye kerana kita pelajar yg hanye meneruskan pembelajaran di form 6. Biar diaorng caci kita, asal kita tahu kebaikan, tujuan dan kesenangn yang kita perolehi setelah tamat belajar nt..


3 comments:

  1. rini . terharu . semoga menjadi anak solehah selalu rini. i'll always support you .

    ReplyDelete
  2. tahniah kak rini, hope this will make you a very successful person :) teruskan perjuangan akak..memang betowl stpm dipandang tinggi kat U sebb dorang lebih mature...slalu niy bdak pas matriks terkial2 time msk U nnt...

    ReplyDelete
  3. Riniiiii sedikit sebanyak terbakar semangat aku huhuhu... Wish u all d best. Sok kalau ada apa2 masalah jangan segan2 gitau, kitakan macam satu family dalam F6 huhu

    ReplyDelete