Monday, January 14, 2013

H.I.J.R.A.H


Salam and hai followers ^_^
13 Januari 2013. Ahad. 30 Safar 1434 Hijrah..

H.I.J.R.A.H.. nie topic pertama yg sy sharekan kepada anda tentang apa yg saya fikirkan. Saya suka menyebut perkataan ini. Kerana apa? Perkataan ini membawa maksud perpindahan, perubahan dan peralihan, sama ada tempat mahupun diri kita, dari yg kurang baik menjadi lebih baik.

Kalau zaman Rasulullah s.a.w, hijrah baginda kearah untuk menyebarkan syiar Islam dan mengajak umatnya menyembah Allah yg satu. Kerana tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah. Hijrah baginda memberi satu makna hingga tersebarnya agama Islam di serata dunia pada hari ini.

Kalau zaman sekarang, hijrah kebanyakannya tertumpu kepada beralih tempat tinggal, dan sebagainya. Tapi, apakah hijrah yg ingin sy katakan di sini? Di post sy ini. Ini pendapat sy. Jadi tidak ada kena mengena dengan mana2 sumber atau fakta. Hanya satu perkongsian.

Sejak kebelakangan ini,banyak perhijrahan berlaku di sekeliling persekitaran sy. Melihat lebih ramai daripada mereka berubah menjadi yg lebih baik. Jika dulu, jeans dan tshirt menjai pilihan, namum kini, pakaian muslimah menjadi satu kemestian yg selalu sy nampak. Jika dahulu mereka tidak bertudung, tapi hari ini mereka berubah penampilan mereka dengan bertudung. Yup. Mungkin pakaiannya masih lagi style yg lama. Namun, adalah lebih baik jika bermula sikit demi sedikit dahulu kerana yg bertitik mula itu pasti ada penghujung.

Adik sy pernah mengatakan kepada sy di laman Twitter, bila sy post “cantiknya diaorg yg pakai bj muslimah ni” lalu adik sy reply, pakai la.. mula2 fake dulu, nt lama2 ikhlas . Betul juga apa yg dikatakannya. Jadi, kalo sesiapa di sini yg mahu bertudung tetapi tidak yakin, mulakan lah dengan menjadi fake dulu kerana lama2 niat ini akan menjadi ikhlas juga. Kita juga tahu, dlm agama juga mewajibkan perempuan untuk menutup aurat. Jangan perosoalkan kerana ini adalah perintah Allah s.w.t.

Terus terang saya katakan disini, SANGAT CANTIK bila perempuan berpakaian muslimah. Subhanallah. Sukar  bibir sy cakap yg terdedah itu cantik. Di MSU, Alhamdulillah sy melihat banyak perempuan2 muslimah ini. Rasa tenang je melihat. Sedikit sebanyak mendorong diri kita merubah cara berpakaian. Bila kita berpakain lebih sopan, maka kita dpt mengelakkan diri kita dari anasir2 yg tidak baik, diri kita jd lebih selamat dan terpelihara. In sha allah.

Penghijrahan seterusnya ialah penghijrahan hati yg Jahiliah ke arah hati yg suci. Paling meruntun jiwa sy bila melihat mereka yg dulunya jahil, sosial dan sejahat2 manusia akhirnya berubah menjadi org yg suci hatinya. Ada diantara mereka memilih untuk berdakwah selepas penghijrahan dirinya. Alhamdulillah. Ini adalah perkara yg baik untuk kita jadikan ibrah dalam hidup kita seharian. Mereka2 ini mendapat hidayahNya dr mimpi, mimpi kiamat dan sebagainya. Mendengar cerita mereka, tidak timbulkan insaf dalam diri kita untuk menjadi seperti mereka. Mereka yg diluar sana masih lagi seronok dengan kenikmatan dunia. Ambillah iktibar dr perjalanan mereka ini. Mungkin kita bukan insan terpilih untuk mendapat mimpi seperti mereka tp kita adalah insan yg terpilih untuk menjadi pengikutnya kelak. Terus terang sy katakan, sy bukan insan sempurna untuk berbicara tp untuk meluahkan dan berkongsi, apa salahnnya kan.

Rezeki dariNya bukan berada di satu tempat sahaja. Maka berhijrahlah kita untuk mencari rezekiNya. Janganlah kita putus asa jika tidak punya rezeki di tempat sendiri. Mungkin ada hikmahnya rezeki dicari ditempat org. Sabar dan sabarlah mencari rezekiNya. Dengan berhijrah, kita dapat menubah nasib kita. Pernah dengar frasa ini? “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri” tolong betulkan saya kalau saya salah k. Jadi, sudah terang lagi bersuluh, yg kabur nampak nyata, yg nyata nampak jelas. Berhijrahlah mencari rezeki kerana rezeki Allah itu ada dimana2. Bertempiaranlah kamu mencari rezeki Allah.


Akhir kata, JOM HIJRAH!!!! Sekian….



Assalammualaikum.. Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang =)


finish mid exam


Salam and hai followers ^_^

13 Januari 2013. Ahad. 30 Safar 1434 Hijrah..

Kalau sudah berniat, mengapa tidak diteruskan bukan? Hurm.. ada pun kesempatan untuk update blog setelah seminggu menghadapi minggu exam.. =) ma an najah to all MSU-ian..

Exam kali ini aku rasakan tidak seberapa baik untuk ku. Rase seperti tidak mahu melihat result mid sem nt. Jadi biarlah.. focus untuk akan dtg je lebih baik. Rasa pengajaran jugak untuk aku supaya bersedia lebih awal. Mungkin sudah jadi tabiat dlm diri aku nie, STUDY LAST MINUTE!!! Kalau time sekolah boleh la.. nie U.. belajar sambil fahamkan. Kalau tidak, kita digelar, BELAJAR UNTUK LULUS JE. So, akan dtg, dielakkan sebaik mungkin.

Kita tidak tahu bagaimana akan terjadi untuk yg seterusnya. Apakah lebih baik atau sebaliknya. Hurm. Yg hari ni baik, tidak selamanya baik. Namun haruslah kita bersangka baik. Hari ini, in sha Allah akan mencari kesempatan untuk meng-upgrade-kan laptop nie. Sebab bateri pun dah low capacity, RAM pon 1 GIG je. Sgt berat. Jadi biarlah keluar duit sket apa salahnya kan, untuk belajar juga. K la .. terasa nak taip something.. about sharing my opinion. =) k bye!

Assalammualaikum.. Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang =)

Saturday, January 5, 2013

social media addict!

salam and hai to all.. =)

right now i officially DEACTIVATE my FB and TWITTER also.. sorry.. =( but just want to give some space to me.. but don't worry, i will come back.. PROMISE!



twitter icon =) so cute to me.. follow me if i available k.. @pu3arini


my FB.. the place that i share anything.. especially Islamic post =)



k that's all... 

Assalammualaikum! tak jawab dosa.. kalau jawab, Allah sayang ... Peace !


Thursday, January 3, 2013

bittaufiq wannajah fil imtihan

Salam and hai to all.. i'm back! =) right now, busy with my preparation for exam. *busy la sgt kan.. huhu. but i deactivate my FB because too much addicted with that even though dah nak exam nie kan.. so, DEACTIVATE jela kan.. next maybe deactivate my Twitter.. tp syg la pulak kan.. so, nanti la tgk cmner.

Anyway, to all my member, MSU or di mana2 je.. just wanna wish, bittaufiq wannajah fil imtihan... ^^'



Assalammualaikum.. tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang =)

Tuesday, January 1, 2013

setahun sudah.. semangat 2013 bermula

Salam and hai to all... =)

Alhamdulillah.. masih bernafas di muka bumiNya.. lama menyepi sejak melanjutkan pelajaran ni. sampai sekarang, masih ramai bertanya mengenai diri ini. So, the new year has come, with the new resolution, i will active back in this blog.. weee~~~~ ^_^ so hope u olls enjoy k.. 




Hendak memendekkan cerita untuk perjalanan yg telah jauh berjalan, skrg rini telah melanjutkan pelajaran di peringkat Bachelor in Human Capital Management di Management and Science University. Rini berada di semester 3 skrg. rase cm tak percaya je.. I'm staying in Shah Alam with my housemates that come around Malaysia.. from Sabah, Kelantan, Johor, Melaka and Negeri Sembilan. *sy rase bab yg nie panjang sgt.. jika ada umur yg panjang, In sha Allah rini akan share k.. 





Tahun 2013 dtg menjelma.. Semakin bertambah tahun, semakin bertambah juga usia kita. Tatkala kita gembira mengingati kedatangan tahun baru, jangan lupe akan sesuatu. Semakin meningkat umur, semakin singkat masa kita di dunia. Agak tersentap juga bila kawan ku komen di FB. Namun katannya ada betul juga. Oleh itu, jgn kita alpa dalam meniti perjalanan usia kita. banyak benda yg perlu kita insafi, pelajari, hayati dan telitikan apa yg berlaku di tahun lps. 





kebetulan jumpa gambar nie 

Usia sy meniti ke umur 22 tahun ini. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana Kau berikan aku peluang untuk bernafas, melihat ibu bapaku, kekuatan, dan ketabahan. Moga tahun ini, aku takkan berhenti dari menyembahMu Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuh fasa dewasa yg mencabar kini kerana di usia ini lah kita mudah sesat 
dengan kealpaan dunia. Sy mahu melakukan perubahan diri sy sebanyak 360 degree. Berubah sebaik mana mungkin selagi kita mampu.. In sha Allah.. 

Ntah kenapa tahun semangat nak kembali ke dunia penulisan. Jadi alang2 sudah niat, baik laksanakan.. jangan tangguh2.. entri post akan dtg, sy akan berkongsi apa jua pandangan, isu atau perkara2 yg saya rasakan menarik selagi sy masih ada di muka bumi ini. semoga bersua kembali....


Assalammualaikum.. tak jawab dosa! kalau jawab, Allah syg.. peace....