Monday, February 17, 2014

DariNya dan kepadaNya.. 23 tahun harapan sebuah perjalanan hidup


Assalammualaikum dan hai followers sekalian.. =)

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekali alam. Alhamdullillah atas nikmat Allah yang tidak dapat kita dustakan. Surah Ar-Rahman, ayat yang ulang2 disebutkan,

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan(wahai umat manusia dan Jin)?

Alhamdulillah atas 23 tahun perjalanan hidup. Tuhan itu hadirkan tiap satu hari dari 22 tahun sebelum itu dengan ujian dariNya yang begitu kuat sehinggakan kadangkala aku rebah, kadangkala aku gagah. Namun, “La Haw Lawala Quwata Illa Billah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izinMU ya Allah,” yang aku pegang teguh kebelakangan ini menyebabkan aku teruskan sebuah perjalanan yang Tuhanku aturkan untuk aku. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dari segalanya.

Aku hanya punya mereka yang menjadi kekuatan untuk aku teguh berdiri. Aku punya satu-satunya harta kurniaan Illahi di muka bumi Malaysia, bumi yang aku musafir ini sejak dari saat kelahiran aku lagi. Harta aku itu bukan mudah kau ganti, bukan mudah kau miliki kerana mereka HARTA AKU KEKAL ABADI iaitu keluargaku sendiri. Keringat tua AYAHANDA, senyuman manis BONDA, kegigihan KEKANDA dan kegirangan ADINDA-ADINDA menyebabkan aku tak pernah luput dari ingatan aku. Aku kirimkan doa buat mereka agar mereka sentiasa kukuh dalam ingatan aku. Aku sentiasa berharap setelah aku grad nanti, aku dapat berbakti kepada mereka. Meskipun tak banyak, asalkan senyuman terukir di wajah mereka. Kadangkala aku berterima kasih pada orang tua aku kerana membesarkan aku dan adik beradikku di rantau orang. Dari situlah aku merasakan keluarga aku mendambakan penuh kasih Ya Rabb kerana tiadanya saudara mara di sisi menyebabkan kami meletakkan kebergantungan itu hanya padaMu ya Allah.

Semakin bertambah usia kita, makin dekat kita pada kematian. Itu adalah takdir. Urusan Yang Maha Esa tiada siapa dapat meneka, tiada siapa dapat tahu. Atas caturan Dia, KUN FAYAKUN, maka terjadilah sesuatu perkara itu. Moga2 amalan kita bertambah dari setiap hari kita meniti usia dan dari setiap hari kita menanti kematian. Sesungguhnya MATI ITU PASTI. DariNya dan kepadaNya kita kembali. Aku berharap agar amalan aku bertambah. Meskipun tidaklah seperti seorang daie mahupun seorang ustazah, aku cuba menjadi muslimah terbaik. Siapa tidak mahu menjadi seperti Siti Khadijah, Aishah, Fatimah Az Zahra dan sebagainya. Apatah lagi seperti Siti Aminah.. ibu kepada kekasih Allah s.w.t.. Aku pasti setiap dari kita bercita-cita bukan? Kerana kita manusia yang sentiasa inginkan kebaikan dari setiap satu yang ada di muka bumi ini. Dari setiap perjalanan, aku merangkak. Mencari apa yang hilang dan apa aku persiakan sepanjang hidup aku. Aku menyesal kerana aku bazirkan setiap dari usia remajaku dengan aku sendiri di dunia khayal walhal sahabat-sahabatku berkejar-kejar atas impian mereka. Sungguh.. tiap dalam diri manusia itu ada SETITIK PENYESALAN. Namun aku sentiasa memandang hikmah sebuah perjalanan hidup itu ada cerita disebaliknya. Ya.. ada cerita disebaliknya.. Masha Allah.. Subhanallah.. :’)

Terus terang, pada sesiapa yang mengikuti Forum Muhammad in My Heart, mereka mendengar kisah seorang lelaki bernama Ishak bukan. Kisah Ishak tak tumpah seperti kisah aku. Naknya bro Bob mendeklamasikan puisi di saat lampu dipadamkan, tak semena-mena air mata aku mengalir….. Begitulah aku rasakan dahulu. Dahulu, aku berpakaian hanya jeans, tudung pendek bidang 45, kasut sneakers, T-shirt, dan cardigan untuk menutup kependekan T-shirt yang aku pakai. Selangkah aku di kolej, aku tidak nampak unsur-unsur Islamik sampailah suatu ketika, aku melihat orang pakai purdah. Alhamdulillah.. aku masih di zone selamat. Dan beberapa semester aku melihat sebuah booth di sana, booth Persatuan Mahasiswa Islam(PMI). Aku hanya melihat mereka dari jauh. Ya.. dari jauh. Cukuplah sekadar melihat mereka. Kadangkala aku nampak juga mereka membuka booth waktu apa2 jua event tapi nawaitu aku belum kuat lagi. Sampailah suatu ketika, hati aku terasa disentuh halus melihat mereka. Tambahan pula aku melihat ramai sahabat-sahabat, junior-junior even adik aku berhijrah dari segi pemakaian dan pegangan mereka. Aku merasakan cantiknya.. Subhanallah.. bertanya pada diri aku, bila lagi aku agaknya. Tapi masa itu aku simpan diam2 sebab aku malu. Malu sebab kejahiliahan aku masih tebal. Biarlah Allah simpan aib aku.. hanya aku dan tuhanku tahu. Aku tak mau cerita akan kejahilan ku untuk meraih simpati atau membuka aib. Cukup sekadar Aku dan Tuhanku. Dimana perkenalan aku dan PMI nie bermula? Sewaktu itu, kami buka booth bersebelah-sebelah. Dan dari situ, aku kenal mereka2 ini. Kakak2 usrah aku. Mereka siap mengajak aku menjadi ahli dan menyertai AGM mereka. Aku pon tak dapat nak menjanjikan apa-apa melainkan in sha Allah. Aku tak pasti tarikh semua ini tapi apa yang menyebabkan aku kuat untuk bersama mereka, menjadi sebahagian dari mereka, adalah sesuatu peristiwa yang sukar untuk aku lupakan. Di saat segalanya berlaku. Atas suatu kekecewaan yang tak dapat aku lupakan..

Tatkala hati aku sebegitu kacau, kekecewaan kian kuat aku rasakan, hadir pertolongan Allah apabila adik yang waktu itu akan pulang ke Rusia berhasrat menghadiahkan tudungnya pada aku. Tudungnya labuh dari saiz aku biasa pakai, iaitu tudung bidang 50. Kata adik, di Rusia, angin kuat. Bidang 50 dikira pendek lagi. Lalu adik menghadihkan pada aku meskipun banyak kesan pin pada tudung. Tapi aku tak kisah. Janji ada. At the first time aku pakai, tak jarang. Rasa selamat. Aku rasa gembira sangat time tu. Lepas dari sehelai aku pakai, aku tinggalkan semua pakaian2 aku yang aku nyatakan kat atas tadi. Aku mula pakai baju blouse-blouse mak jahit, baju-baju kurung dan jubah. Dari situ, aku yakin sertai PMI. Aku tak rasa segan dengan pemakaian aku lagi. Aku terharu bagaimana mereka melayan aku, menerima aku apa adanya. Hati aku tenang. Kalau dulu, kalau marah aku susah kawal, kini aku mampu. Semua kerana mereka yang sentiasa tenang. Wajah tiap mereka aku lihat tenang. Kadang-kadang aku lihat mereka, aku lari. Sebab aku kadang-kadang segan dengan  mereka tapi mereka tak pernah asingkan aku. Terima kasih Iela dan Airy yang sentiasa ada dengan aku sewaktu aku menyertai aktiviti-aktiviti PMI. Tuhan, Kau berkatilah mereka yang sentiasa ada dengan aku, bimbing aku dan mendengar setiap dari luahan hati aku. Aku sayang mereka dan semoga kita semua berada di Jannah kelak. Amin.. Maafkan aku jika diriku kadangkala kasar dan tidak seperti sepatutnya. Aku sentiasa berharap agar aku terus istiqamah dalam perjalanan hidup aku kerana bila aku jauh dari mereka, aku tidak hilang dari pegangan aku. In sha Allah..

Lecture aku pernah cakap, make our own future plan. Tidak kira bila nak kahwin, sambung study dan sebagainya. Achieve or not, later you decide. Sebut mengenai perkahwinan, alangkah indahnya BAITUL MUSLIM dibina atas restu ibu bapa dan reda Allah. Sejak last aku kecewa, aku meletakkan perkahwinan itu dibina atas perkataan BERCINTA SELEPAS NIKAH. Minta pada yang sepatutnya dengan cara yang sepatutnya. In sha Allah. Yang baik itu pasti dipermudahkan. Atas saranan lecture aku, aku mula plan secara kasar hidup aku. Siapa tak nak berkahwin? Semua nak kan.. Jadi aku meletakkan target untuk ke arah itu. Aku berharap agar aku tidak ada sebarang HUTANG untuk ke arah itu. Buat masa sekarang, hutang aku adalah PTPTN. Tempoh masa pembayaran 20 tahun. Jadi aku mahu pendekkan tempoh itu in sha ALLAH bawah 10 tahun. Moga ALLAH permudahkan. Amin. Setelah selesai hutang, ingin rasa hadiahkan diri dengan aset2 seperti rumah dan kereta tapi entahlah. Sejak kebelakangan ini, keinginan nak gantikan dengan pemergian ke UMRAH pula kerana aku betul-betul cemburu melihat sahabat-sahabat mampu tunai umrah. Kadangkala impianku kalau sebut mengenai UMRAH ini, aku mahu mengerjakan sebaik sahaja aku mendirikan BAITUL MUSLIM. Jadi, majlis walimah aku hanyalah bersederhana dan paling bermakna sekalipun, cukuplah sekadar akad nikah. In sha Allah. (^_^) *pendek kata, UMRAH itu BULAN MADU.. hihihi.. selepas itu, aku mahu mahir memasak ala-ala MASTER CHEF. Kata ayah, masakan isteri itu pengikat kasih sayang suami. Jadi, aku berniat untuk belajar masak ala-ala MASTER CHEF. Doakan aku sahabat-sahabat! Hehehe tapi sebelum ke arah membina masjid, biarlah ilmu itu dituntut kerana dugaan kita hebat tatkala dilepaskan kepada lelaki lain selepas hidup di bawah jagaan seorang ayah. “Aku terima nikahnya, RINI ARIYANTI BINTI SYAFRIZAL dengan mas kahwinnya RM… di bayar tunai” bagi aku, kata-kata dilafaz ini, meskipun berulang-ulang kali tapi besar maknanya. Pertama, bakal suami itu, mengahwini bakal isteri serta seluruh keluarganya. Kedua, bakal suami mengahwini bakal isteri itu serta mengahwini masa silam dan masa depan bakal isteri itu. Ketiga, menerima apa adanya kelemahan dan kekurangan bakal isteri itu. Bukan mudah bukan? Jadi fikirlah sebelum mengambil langkah ke arah ini.

“Saya sudah PUAS berbakti kepada ibu saya” kata Dr Ridhuan Tee dalam rancangan MIMBAR PENCETUS UMMAH AKHIR. Kata-kata beliau menusuk hati aku. Beliau tidak gunakan saya SUDAH berbakti tetapi beliau guna saya sudah PUAS berbakti pada ibu saya. Sejauh mana kita PUAS berbakti pada ibu kita. Ibu yang melahirkan kita. Hurm.. Terdetik hati aku apakah aku sudah PUAS sebenarnya berbakti pada emak aku? Kalau dahulu, aku kuat melawan ibu aku kerana keras hati aku. Kini, aku dapat rasakan berbeza dari sekarang. Aku dapat kawal marah dan aku terima apa adanya kata emak aku. Aku mengerti jika emak aku tidak seperti emak orang lain. Jadi, menjelang umurku meningkat, emak ku sudah meniti usia, aku bertekad mahu berbakti pada dirinya. Dikala aku belum lagi bekerja, aku hanya mampu berdoa agar tuhan panjangkan usia emak aku. Semoga emak aku sihat dan bahagia selalu. Begitu juga ayah aku. Aku ingin berbakti pada ayah aku juga. Pendek kata, AKU AKAN BERBAKTI PADA MEREKA SEHINGGA AKU PUAS. Noktah! Kalau berumah tangga sekalipun, aku tetap berbakti pada mereka. Orang tua aku pernah berkata yang mereka akan pulang ke kampung halaman setelah kami semua telah dewasa dan dapat kerja masing2 untuk menghabiskan usia tua mereka. Aku adik beradik tidak menghalang. Mungkin juga benar kata pepatah, aku lupa ayatnya bagaimana tapi lebih kurang begini. “Terbang sejauh mana burung itu, akhirnya pulang jua ke sangkarnya”.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu bertanya:

“Ya Rasulullah, siapakah yang paling dicintai oleh Allah, dan apakah amalan yang paling dicintai Allah?”

Jawab Baginda:

“Manusia yang paling dicintai oleh Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain.”

Riwayat Al-Tabarani




Aku jumpa ayat di atas di dalam majalah SOLUSI edisi BUMPER Jika Benar Mencintai Nabi (edisi no. 64). Impian aku, ingin menjadi orang yang bermanfaat buat mereka yang memerlukan. Mak ayah, adik beradik, agama, masyarakat dan semua. Siapa yang tidak mahu menjadi manusia yang paling dicintai ALLAH? Semua mahu kan? Jadi, marilah kita menjadi orang yang bermanfaat. In sha Allah, kita tergolong dalam golongan itu. Duniaku, Dakwahku. Ayat favourite dari PENCETUS UMMAH. (^_^) Dakwah kita tidak semestinya perlukan pentas, mikrofon dan sebagainya, sebaliknya gunakan segala medium yang ada seperti FACEBOOK yang kita tiap2 hari menghadap. Sebarkan dakwah kita. Mungkin tak banyak, sedikit ayat yang mereka baca, sudah memberi ganjaran pada kita apatah lagi mengamalkannya. In sha Allah.. aku nak kongsi satu ayat yang aku dapat dari PENCETUS UMMAH juga. Dah lama aku dengar, Cuma kali ni dapat full dari video Dr Ridhuan Tee.
Sabda Rasulullah s.a.w…

Ballighuu ‘annii walau aayat

Sampaikan dariku meskipun hanya satu ayat

In sha Allah, apa yang baik, kita kongsi demi kebaikan bersama. Aku bukanlah orang baik, tapi aku mahu jadi baik. Jumpa aku, bimbing aku. Moga kalian terima aku. Aku sememangnya terima kalian. Maafkan aku jika hati aku tidak sesuci hati kalian. Aku hanya mengharapkan penerimaan yang baik di usia begini. Aku dapat peluang menulis sepanjang ini kerana ini masa yang ada untuk aku. Jika akan datang aku tiada masa, aku hanya mempu share apa2 yang patut. Semoga kita sama-sama gigih dan gagah berjalan dan berlari menuju ke syurga Allah. In sha Allah. Maaf jika kalian baca panjang-panjang rasa macam nak pengsan. Tak pe. Aku halalkan. Sebab aku sayang orang yang sayang pada aku. Tegur aku. Bak kata sahabat Rasulullah s.a.w.,   “ aku sayang pada sahabat yang menegur kesalahan aku”. Sekian, Ukhwah Fillah Abadan Abada

Assalammualaikum! Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang.. ^_^