Showing posts with label sebuah kejayaan.... Show all posts
Showing posts with label sebuah kejayaan.... Show all posts

Monday, October 21, 2013

SEMESTER BREAK PART ONE


Assalammualaikum dan salam sejahtera to all follower =)

Semester break begins. Already one week. A quite boring but I’m try to fulfil with a lot of activities after this. Now, already done with three activities, which is attend the CHANGE/UBAH programme, contribute flyers and read Al Quran. Top up my iman, increase my knowledge when I read the Quran with translation. In Quran, it’s really touched my heart. Its function like give you answer of your question; about His challenge, doa’, the history of Prophet Muhammad s.a.w and all about Islam that we don’t know but Quran already gave the answer. Subhanallah. Before this, I only read. I didn’t tend to read the translation. *menangis laju2

Now, I want to share about what I had done and got for the first week of my semester break. *my English not power rangers la.. but I try my best!!!

Saturday, I woke up late even though I already set my alarm at 6.30 am. Oh my badness! So, I lost a chance for my dad pick up me at KTM station. Why? Because I’m brought the BIG GIANT bag on that day. Hahaha ^^’ my mommy want to borrow it because she want to go Medan, my hometown to attend my cousin wedding. So, she want to borrow but unfortunately until now, I didn’t kemas my things. ( only my cloths, the rest already done) balik ngan housemate kesayangan, kak sha! hihi dia balik sabah, aku balik KL. Tunggu KTM sambil selfie2 sket ambil gambar bajet POYO! hihihi .. sampai sahaja di KL, aku terus sahaja mengikuti rombongan kak Bulan dan sir Adli ke rumah network mereka. Aku belajar home party. Tapi perjalanan ke sana tu, mak aih.. tercabut kaki aku dibuatnya. Namun itu lah kata orang2 nak berjaya, “kena susah2 dahulu, next kita bersenang2”. Al kisahnya bermula sejak time habis exam. PM kak bulan sbb nak join belajar home party. Then dia kata sabtu ada kat Sentul. So, with the high determination want to be success, I’m offered myself to join with them to learn how the home party they do. So, she told me at Jalan Madrasah Uthmaniah, Padang Balang. So I asked all my member which stay in Padang Balang but all of them were don’t know where is it. Then, my sister told to me. Tempat tu kat simpang tiga Gombak tu walhal Liyana dah cakap kat aku, itu Madrasah Tarbiyah. Dah la berjalan satu hal lak ke sana kat sana. Then bila sampai sana, tengok2.. cis! Betul kata Liyana. Itu Madrasah Tarbiyah. Huhuhu.. then call isma, msj kak bulan. Hampir give up gak aku mulanya. So aku pon patah la balik. Then, otw nak balik tu, tergerak gak la hati aku nak lalu Padang Balang belah kat sungai tu. Then,berjalan2 jumpa mak cik2. Aku ni boleh dikatakan peramah gak la orangnya. Hik hik yela.. kalo tak tahu jalan, tanya.. bak kata pepatah melayu, Malu bertanya, sesat jalan! Ok.. I got the answer from the aunties! Erm jauh giler. Lepas lagi dr Masjid Saidina Hamzah.. T_T *sad. Berjalanlah daku dari sungai tu ke madrasah. Actually on the way nak ke sana, aku Tanya gak sape2 yg aku jumpa. Hik hik hik.

So, nak dipendekkan cerita yang panjang lebar, aku pon dah di dalam rumah nak buat home party tu. *gila short punyer cerita.. hahaha ^_^ aku pon belajar la macam mana nak explain pasal sanitary pads Avail, product2 and punca2 penyakit. Sir Adli guna mesin khas. So on that day, aku jadi pencatit panyakit! Hewhewhew.. dah macam nurse.. ^^’ then, makan2 pastu balik. Kak Bulan sempat cakap, nak buat kena ada group. So, kena plan la lepas ni. Hurmm *mengeluh  but, nak berjaya harus ada plan! So manage to plan with some activities.
Hari Raya Haji jatuh pada hari selasa. My mum cooked nasi impit, kuah lodeh, rending.. nyum nyum.. tahun ni Alhamdulillah.. dapat rezeki daging kurban. Sebenarnya pagi raya lagi rezeki sudah bertandang. Jiran baru sebelah rumah masakkan nasi hujan panas, daging masak kicap and acar sayur. Alhamdulillah… seperti raya2 sebelum ni, rumah den tetap sunyi.. huhuhu sebab hidup tanpa saudara mara, so lauk raya tu jadi breakfast, lunch dan dinner.. hahaha so I have the target! Cari jodoh orang-orang sini sebab senanglah kalau nak pi beraya. Hahaha.. *nakal2 gitu.. sambil2 tu gak, aku post pasal program CHANGE! UBAH.. namun apakan daya, tiada respon* sad lagi.

Then before attend the program, aku pon sebarkan flyers kat Chow Kit, Masjid India and lastly kat Pasar Seni. Berlari2 aku menuju group yang ramai orang untuk beri mereka flyers. Ada yang menerima, ada yang menolak. Itu lumrah. Dulu aku pernah sebar flyers kat flat, budak tu siap hancur kan lagi depan mata aku. Huhuh T_T apa boleh buat. Tapi semangat nak menyebar tu tak pernah hilang.

Jumaat lalu, aku mendapat khabar berita dari adikku bahawa ibu kepada sahabat aku telah pergi menghadap Illahi. Innalillahiwainnalillahirajiun. Saat aku menerima berita ini, tak semena-mena air mataku jatuh bercucuran. Bukan sebab apa, sebab aku mengenangkan adikku yang jauh di perantauan. Bukan mudah untuk pulang jika berada beribu-beribu kilometre dari keluarga tercinta. Lupa nak beritahu. Sahabatku adalah senior adikku di Rusia. Mereka sambung pengajian dalam bidang perubatan di Volgograd Medical State University. Sahabatku tahun kelima manakala adikku di tahun kedua. Ibunya menghidap penyakit yang berkaitan dengan jantung namun tidak berapa pasti aku keadaannya.




Sabtu, aku menghadiri program CHANGE bersama adikku yang sekarang belajar di tingkatan 4. Lambat sikit aku bertolak pada hari tu. Pukul 10 pagi baru aku tiba. Perjalananku bermula dengan menaiki bas, KTM dan teksi. Sungguh jauh perjalanan ku rasakan. Nasib baiklah setibanya aku di sana, program baru bermula. Perkongsian bermula dengan mentorku, Sir Mohd Zahir Rahmat Ali dan diikuti speaker kedua, Sir Azman Bidin. Kedua-dua mereka amat pakar dalam bidang perniagaan. Para peserta yang menghadiri program tersebut turut didedahkan tentang perniaagaan dan berkongsi bagaimana untuk berubah. Program ini sangat bermanfaat dan akan berada di sekitar Selangor, iaitu Hotel De Palma, Hotel Grand Court Sepang , Hotel De Palma Klang dan sebagainya. Berminat? Saya akan inform kemudian. ^_^   Then, after program selesai, aku segera pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Time balik tu jauh lebih murah dari time aku pergi. Huhu petang sampai je rumah. Aten whatsapp. Guess what? Dia bagi Fruit Tartlet!! Hehehe dia start jual Fruit Tartlet. She gaves me to try and ask me to promote on my social network. In sha Allah, I will help her. =)



please follow insta ----> atennabella

Ahad, bangun lalu bersiap untuk melawat sahabatku yang kehilangan ibunya tadi. Aku menaiki motor bersama aten lalu tiba di rumah sahabatku, Nur Adila Zawawi. Setibanya di rumah Adila, aku pun bertanya khabarnya. Sedih juga aku mendengar luahan hatinya namun apakan daya. Maut itu di tangan Tuhan. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Aku merasakan kesedihan dirinya apabila beliau bercerita kepadaku,matanya berkacakan air mata. Tidak lama aku luangkan masa sebab menghormati ada tetamu datang waktu itu. Lalu aku dan aten meminta izin untuk pulang. Aku sempat memberi kata-kata semangat kepadanya. Ada rezeki lebih, aku berikan kepada Adila. Meskipun sedikit, aku harap dapat meringankan bebannya. Sepanjang perjalanan pulang, aku banyak berborak dengan Aten. Sahabatku dari sekolah rendah hingga kini. Ok lah. Tak banyak nak dituliskan. In sha Allah, akan ada next entry.

Assalammualaikum! Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang.. ^_^












Sunday, June 9, 2013

Kembali Bertinta di Pena Si Gadis..

Assalammualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah baru sahaja aku menjalani final exam di kolej ku.. semester ini ku rasakan terlalu singkat buatku. Mungkin juga kerana sem ini tidak seperti sem yg sebelumnya. Entah kenapa hatiku begitu membuak-buak ingin meluangkan masa di blog ku.. erm.. mungkin juga aku melihat blogger aktif seperti Hanis Zalikha, Dena Bahrin, Maria Elena dan Irine Nadia yg begitu teruja dengan dunia blogging ini. Lepas ini, in sha Allah, aku juga mahu menjadi blogger seperti mereka, jika kesempatan masa ku ada untuk ruangan ku ini. Cuti semester ini entah kenapa ku rasakan terlalu panjang waktunya. Mungkin juga kerana aku tidak bermusafir seperti sebelum ini. Melihat ke negeri org, budaya org, cara hidup org.. erm.. entah la.. ada masa, wang and cuti yg panjang, in sha Allah aku akan ke sana kembali.

Kini, aku sudah menjengah ke semester 4 bersama dengan rakan-rakanku yg lain. Bermula dengan semester pendek dan sekarang tengah cuti semester. Semester depan, bermulalah semester panjang yg di mana kami bertarung dengan 6 subjek yg agak ‘killer’ bg kami. In sha Allah, dengan keyakinan dan semangat demi masa depan keluarga, diharap semuanya dipermudahkan dengan redaMu ya Allah. Aku berharap juga semester ini, aku dapat merasakan nikmat bergelar student ‘DEAN LIST’ yang selama ini aku idam-idamkan. Mungkin juga usaha ku kurang, atau mungkin juga perjalanan ku yg agak2 lalai juga sedangkan aku sudah berada di tahun kedua di MSU. MSU Universiti Pilihan ^_^ *promote masuk U.. hehehehe In sha Allah.. target itu PASTI!

Berfikir pula aku dengan usiaku yg menjengah 22 tahun setengah.. (tahun depan 23 tahun) aku mula memikirkan betapa besarnya tanggungjawab yg bakal aku galas sesudah aku menamatkan pengajian. Melihat adik2 yg masih mengejar cita-cita mereka, ayah ibu yg sudah tua, dan seorang kakak yg kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga.. entah bila aku tidak tahu asalkan Kau permudahkan jodohnya ya Allah. Dalam usia ku ini, aku seboleh-bolehnya mengelak dari berfikir soal jodoh meskipun ada dikalangan rakan-rakanku yang telah mendirikan rumah tangga. Rakan-rakanku yang lain begitu beriya-iya berkongsi soal jodoh, rumah tangga dan keluarga yg mereka idam-idamkan. Sedangkan aku hanya mampu menyorokkan semua ini. Ini kerana aku terlalu terikat dengan keadaan keluargaku. Aku melihat rumahku yg disewa dr seorg lelaki bernama Cik Mat yg ku rasakan using buatku. Malah, baru2 ini sahaja, rumahku dilanda banjir. Atap yg telah lebih 15 tahun berkhidmat buat keluargaku tidak lagi kukuh. Keluarga ku terpaksa memanggil orang utk membaiki rumah kami. Sewaktu keluargaku kelam kabut menenangkan keadaan waktu banjir itu, aku pula di Shah Alam.. erm.. hiba yg mampu ku rasakan. Aku berharap, selagi usia ku masih lagi utuh di muka bumi Yang Maha Esa, aku akan berusaha untuk mendapatkan rumah buat keluargaku meskipun bukanlah sebuah banglo mewah, asalkan tempat yang sempurna untuk berteduh. In sha Allah. Sesungguhnya Kaulah yg Maha Mengetahui.

Aku berharap agar usiaku dipanjangkan untuk aku terus berbakti pada semua. Buat keluarga tercinta, keluarga angkat yg tidak pernah putus-putus memberi sokongan, guru-guru yg sentiasa menyokong, sahabat handai dan semua yg dekat denganku. In sha Allah…


*tulisanku bersahaja.. untuk menarik mood menulis blog.. hehe =)

Sekian..


Assalammualaikum. Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang  ^^,

Thursday, January 3, 2013

bittaufiq wannajah fil imtihan

Salam and hai to all.. i'm back! =) right now, busy with my preparation for exam. *busy la sgt kan.. huhu. but i deactivate my FB because too much addicted with that even though dah nak exam nie kan.. so, DEACTIVATE jela kan.. next maybe deactivate my Twitter.. tp syg la pulak kan.. so, nanti la tgk cmner.

Anyway, to all my member, MSU or di mana2 je.. just wanna wish, bittaufiq wannajah fil imtihan... ^^'



Assalammualaikum.. tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang =)

Tuesday, January 1, 2013

setahun sudah.. semangat 2013 bermula

Salam and hai to all... =)

Alhamdulillah.. masih bernafas di muka bumiNya.. lama menyepi sejak melanjutkan pelajaran ni. sampai sekarang, masih ramai bertanya mengenai diri ini. So, the new year has come, with the new resolution, i will active back in this blog.. weee~~~~ ^_^ so hope u olls enjoy k.. 




Hendak memendekkan cerita untuk perjalanan yg telah jauh berjalan, skrg rini telah melanjutkan pelajaran di peringkat Bachelor in Human Capital Management di Management and Science University. Rini berada di semester 3 skrg. rase cm tak percaya je.. I'm staying in Shah Alam with my housemates that come around Malaysia.. from Sabah, Kelantan, Johor, Melaka and Negeri Sembilan. *sy rase bab yg nie panjang sgt.. jika ada umur yg panjang, In sha Allah rini akan share k.. 





Tahun 2013 dtg menjelma.. Semakin bertambah tahun, semakin bertambah juga usia kita. Tatkala kita gembira mengingati kedatangan tahun baru, jangan lupe akan sesuatu. Semakin meningkat umur, semakin singkat masa kita di dunia. Agak tersentap juga bila kawan ku komen di FB. Namun katannya ada betul juga. Oleh itu, jgn kita alpa dalam meniti perjalanan usia kita. banyak benda yg perlu kita insafi, pelajari, hayati dan telitikan apa yg berlaku di tahun lps. 





kebetulan jumpa gambar nie 

Usia sy meniti ke umur 22 tahun ini. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah kerana Kau berikan aku peluang untuk bernafas, melihat ibu bapaku, kekuatan, dan ketabahan. Moga tahun ini, aku takkan berhenti dari menyembahMu Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan dalam menempuh fasa dewasa yg mencabar kini kerana di usia ini lah kita mudah sesat 
dengan kealpaan dunia. Sy mahu melakukan perubahan diri sy sebanyak 360 degree. Berubah sebaik mana mungkin selagi kita mampu.. In sha Allah.. 

Ntah kenapa tahun semangat nak kembali ke dunia penulisan. Jadi alang2 sudah niat, baik laksanakan.. jangan tangguh2.. entri post akan dtg, sy akan berkongsi apa jua pandangan, isu atau perkara2 yg saya rasakan menarik selagi sy masih ada di muka bumi ini. semoga bersua kembali....


Assalammualaikum.. tak jawab dosa! kalau jawab, Allah syg.. peace.... 

Tuesday, April 26, 2011

THE SUCCESSFUL JOURNEY

Salam and hai followers


Hai.. miss my blog so much… dah lama tak menulis. Ada gak yg menanya, blog tak update ke?? Erm2 k2 nak update la nie… hehehe ^_^
21 Februari 2011 merupakan tarikh yg takkan aku lupe.. tarikh pengumuman keputusan STPM 2010.. masa tu, aku terpaksa bekerja sebab my frenz, Trishna amek gak STPM tahun lepas. So, bg peluang la suh dia amek dulu.. tepat pukul 12.oo tgh hari, aku send SMS utk mengetahui result STPM. Aku send terus ke MPM.. lastly, pukul 1.00 ptg, time ‘greeting’ kat tempat keje aku, hp aku tibe2 vibrate. Aku dah start cuak pada mulenya.. so, aku pon tgk la msj yg diterima.. dup dap dup dap… aku dapati…
Aku dpt 4 PRINSIPAL.. Alhamdulillah.. aku lulus penuh bg 4 subjek.. Pengajian Am, Bahasa Melayu, Ekonomi, Pengajian Perniagaan. Mule2 aku risau kalo aku tak dapat prinsipal utk Pengajian Am sebab subjek ni la pembunuh bg kelayakan utk masuk U. Alhamdulillah.. aku skor subjek ini dengan jayanya.. heheh :) ramai gak yg bertanyakan tentang keputusan aku.. dan ramai yang wish congratz.. ^_^ rasa happy yg tak terhingga.. aku harap kegembiraan ini takkan buat aku jd manusia yg riak.. Insyaallah…
Aku amek result pada hari Rabu dengan member aku, Atierah .. Atierah pon dapat 4 Prinsipal cm aku.. hehehe congratz Atierah… ^_^ sampai je sekolah, bekas cikgu Ekonomi aku, Puan Mardziah pon menyambut kedatangan kami and menyuruh kami bg kata2 semangat kt bdk2 form 6 tahun ini.. aku rase serba salah coz keputusan aku tak la sebaik mana.. namun, demi kebaikan bersama, aku pon memberi la semangat pada diaorg.. huhuh.. lepas tu, aku ngan Atierah pon pergi la bilik guru.. Ramai cikgu wish tahniah.. rasa segan pon ada.. rasa pelik pon ada gak.. cmner cikgu2 tahu nie.. rupenya.. hari semalam, cikgu2 meeting dan nama pelajar yg cemerlang STPM ( Khairah, Rini and Atierah ) disebut dlm meeting… haish.. patutla.. huhuhu.. Terima Kasih Cikgu2!!! Kami amek keputusan kat pejabat bersama Puan Preammah dan beliau photostat result kami.. kemudian beliau memberi kami kad jemputan.. Jemputan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda, Universiti Sains Malaysia… sebelum balik, cikgu Mardziah belanja kami makan.. hehehe kenyang.. TERIMA KASIH CIKGU!! ^_^

Merenung di sebalik kejayaan ini, teringat lak time mula2 masuk form 6 dulu.. masa mula2 masuk, tak ada apa yg indah.. bertemu ngan orang yang lain dari yang lain.. mereka yg tak pernah sekelas dengan aku ataupun dengan mereka yang pernah sekelas dgn aku.. keputusan utk masuk form 6 nie dah lama aku fikir sejak dari tingkatan 5 lg.. ayah la orang pertama yg menyokong aku.. mungkin ayah telah lihat mereka yg pernah masuk form 6 berjaya.. jadi, ayahlah orang yang memberi semangat kepadaku. Mule2 aku tak dpt terima keadaan sekeliling.. sunyi.. sunyi.. sunyi.. mungkin kerana merindui kawan2 yg selalu ada di sisi.. pada mulanya, aku ingin mengambil aliran sains sebab nak tebus kembali kegagalan lalu.. namun, tak boleh.. lalu, aku reda dengan apa yang aku perolehi..
Masa mule2 amek form 6, ayah suruh aku bertukar ke sekolah lain. Ayah sanggup bawak aku melihat ke SMK Tinggi Setapak dengan menaiki motor. Kata ayah, nanti ayah belikan motor second-hand.. namun, aku tetap gak ngan pendirian aku di sini.. di SMK Batu Muda.. hurm.. betapa degilnya aku… aku memulakan perjalanan pertama di form 6 dengan keadaan kelas ku yg serba kekurangan.. berpindah sana sini macam pelarian.. huhuhu
Dugaan semasa belajar di Lower Six mmg tak pernah aku jangka.. dugaan pertama dlm hidup aku ialah apabila kawan2 mula memandang rendah dengan aku.. mereka jauh lebih baik dari aku.. dapat matriks.. dapat masuk asasi… masuk diploma.. tapi aku.. masuk form 6 je.. dah tu, pakai bj sekolah lagi.. huhu.. kdg2 terasa tersisih gak.. walau bagaimanapun, masih ada gak yg menyokong keputusan aku.. memberi kata2 positif pada aku.. THANKS FRENZ!!!! Aku tak pernah putus asa.. aku buat rujukan sana sini.. Tanya senior2 aku pasal form6.. ramai yang bg kata2 positif dan negatif..
Positive side :
From Azlan : bagus pe masuk form 6.. jadi cm farhan.. Ja’a…
From cikgu2 : bagus masuk form 6.. sebab bdk2 form 6 dipandang orang kat U..
Negative side :
From my ex-classmate : pe barang form 6.. aku standard U je..
From other : STPM antara 5 buah peperiksaan tersusah di dunia .. ( ceh, aku tak cuak langsung k!! )
Ku sangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Ayah yang selama ini menjadi pembakar semangat aku telah diserang penyakit yg tak pernah aku sangka. Kami hilang sumber punca pendapatan. Ingatkan penyakit ayah dapat sembuh tapi tidak. Keadaan bertambah buruk apabila ayah hilang ingatan. Pada masa itu jugalah, aku bagaikan hilang arah. Aku mahu sahaja berhenti sekolah. Dah tu, cikgu2 mula bertanyakan tentang bayaran buku2 yg dibeli.. Masa itu aku rasa segan kerana tidak mampu membayar buku2 tersebut. Lalu kerana keinginan aku untuk belajar, aku gagahkan diri dan tebalkan muka aku utk bertemu dengan keluarga angkat bagi meminjam duit dari mereka.


thanks umi and abi... ^_^ always support me..
Menyorot kembali kisah keluarga aku apabila ayahku hilang ingatan, susah aku gambarkan. Balik sahaja sekolah, aku akan ke hospital utk menjaga ayah.. dari wad biasa, ICU dan last sekali kat wad Neurologi.. kalo cuti lak, bermalam kat sana jaga ayah.. Pernah sekali aku pulang dari hospital dgn menaiki bas, aku menangis sambil berdiri. Melihat ayahku ditinggalkan sendirian di sana.. apabila uruskan ayahku, kadangkala air mata ini mengalir.. memikirkan bila rasanya ayah akan sembuh.. sebagai seorg anak, aku ingin lihat ayah sihat seperti dulu. Namun apakan daya. Sebulan selepas ayah keluar dari hospital, ayahku sembuh. Tetapi ingatannya tetap lemah. Ayah hanya mampu mengingat kenangan lama berbanding sekarang. Huhuhu namun aku bersyukur kerna ayah masih mampu melihat aku berjaya..


ayah.. happy birthday... ( 27 April 2011 )
Bila time cuti sekolah je, aku akan cari peluang utk bekerja. Utk menggantikan hutang aku pada keluarga angkatku. Bile time puasa, tlg org jual kuih ngan nasi lemak. Sejak masuk form 6, baju raya je mesti pakai duit hasil pencarian bulan puasa. Alhamdulillah, aku sedikit pun tidak menyusahkan mak atau ayah. Pendek kata, dlm setiap yg aku lakukan, hanya 1 je yg aku fikir… mungkin aku susah hari nie, tapi akan dtg, aku akan senang..
Bile naik Upper Six, biasa la.. tanggungjawab byk.. ada je yg nak dibuat.. huhu dan kadangkala membuatkan cikgu bising ngan aku. Tapi Alhamdulillah, sesibuk mana pon, keje sekolah tak pernah MISS!! Kolokium aku setel. Kolokium aku nie pon banyak gak cabaran dia. Dah siap aku buat, cikgu REJECT.. alasan, aku buat dlm bentuk point, bukan dlm karangan. So, kenalah aku buat balik. Dlm sibuk2 kawad, aku berjaya gak bentangkan kolokium aku. Walaupun aku keletihan, namun aku berjaya gak kolokium aku nie.. Dapat markah tinggi owh… heheheh ^_^ then, habis kawad, habis la segala agenda aku and time to focus la…
Macam2 benda yg aku usahakan.. cari bahan sana sini, follow blog cikgu2 subjek, tanye member2 form 6… yg paling penting, kerja sekolah jangan tak buat.. Jangan MISS pon walaupun busy mana diri aku nie..
Tahun 2010 menyaksikan kejayaan cemerlang dlm keluarga kami. Disamping kejayaan aku, adik aku yg tamat SPM di MRSM Tun Ghafar Baba, Fauziah @ jiah telah berjaya dpt straight A dlm SPM.. ( 7A+ dan 2A). Kejayaan cemerlang dlm keluarga aku setakat ini. Aku cadangkan ngan adik aku agar amek Bioteknologi kerana bidang itu yg semakin maju sekarang. Tapi, biarlah.. itu pilihan dia.. agar dia berjaya dlm hidup.. AMIN..
Tahun 2011 tahun yg sme2 smbung belajar. Adik aku, Liza lak amek SPM. Dan yang lain belum lagi capai usia. Teringat lak aku kata2 seorang penceramah kepada aku masa aku form 5.. ‘awak mampu berjaya dlm hidup awak, awak boleh pergi jauh’. Sekali aku imbas ayat nie, semakin berkobar2 semangt aku. Ingin lak aku jumpe penceramah tu walaupun mungkin aku dah tak bpe ingat nama dia. ( yg paling sedihnye, aku terhilangkan lak kertas yg dia bg kata2 semangat tu… huhuhu
Bak kata orang, hidup seorang perantau memang tak ada senang. Pasti susah. Namun setiap yang susah itu, pasti ada kegambiraan di penghujungnya. Hari ini, 23 April 2011, aku terpilih sebagai penerima Anugerah Cemerlang Akademik 2010. Kali kedua dlm hidup aku.. hurm.. ni adalah gambar yg diambil khas pakai hp aku..









terima kasih juga pada kawan2, cikgu2 dan semua yg bagi semangat dalam mengejar hidup ini.. semoga mereka ini gembira dan dilindungi oleh Allah SWT... amin...

Pape pon, dlm hidup kita, jangan kenal erti putus asa. Apa jua yg ditakdirkan dlm hidup nie, kena terima gak. Jangan pandang rendah hanye kerana kita pelajar yg hanye meneruskan pembelajaran di form 6. Biar diaorng caci kita, asal kita tahu kebaikan, tujuan dan kesenangn yang kita perolehi setelah tamat belajar nt..