Sunday, June 9, 2013

Kembali Bertinta di Pena Si Gadis..

Assalammualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah baru sahaja aku menjalani final exam di kolej ku.. semester ini ku rasakan terlalu singkat buatku. Mungkin juga kerana sem ini tidak seperti sem yg sebelumnya. Entah kenapa hatiku begitu membuak-buak ingin meluangkan masa di blog ku.. erm.. mungkin juga aku melihat blogger aktif seperti Hanis Zalikha, Dena Bahrin, Maria Elena dan Irine Nadia yg begitu teruja dengan dunia blogging ini. Lepas ini, in sha Allah, aku juga mahu menjadi blogger seperti mereka, jika kesempatan masa ku ada untuk ruangan ku ini. Cuti semester ini entah kenapa ku rasakan terlalu panjang waktunya. Mungkin juga kerana aku tidak bermusafir seperti sebelum ini. Melihat ke negeri org, budaya org, cara hidup org.. erm.. entah la.. ada masa, wang and cuti yg panjang, in sha Allah aku akan ke sana kembali.

Kini, aku sudah menjengah ke semester 4 bersama dengan rakan-rakanku yg lain. Bermula dengan semester pendek dan sekarang tengah cuti semester. Semester depan, bermulalah semester panjang yg di mana kami bertarung dengan 6 subjek yg agak ‘killer’ bg kami. In sha Allah, dengan keyakinan dan semangat demi masa depan keluarga, diharap semuanya dipermudahkan dengan redaMu ya Allah. Aku berharap juga semester ini, aku dapat merasakan nikmat bergelar student ‘DEAN LIST’ yang selama ini aku idam-idamkan. Mungkin juga usaha ku kurang, atau mungkin juga perjalanan ku yg agak2 lalai juga sedangkan aku sudah berada di tahun kedua di MSU. MSU Universiti Pilihan ^_^ *promote masuk U.. hehehehe In sha Allah.. target itu PASTI!

Berfikir pula aku dengan usiaku yg menjengah 22 tahun setengah.. (tahun depan 23 tahun) aku mula memikirkan betapa besarnya tanggungjawab yg bakal aku galas sesudah aku menamatkan pengajian. Melihat adik2 yg masih mengejar cita-cita mereka, ayah ibu yg sudah tua, dan seorang kakak yg kemungkinan bakal mendirikan rumah tangga.. entah bila aku tidak tahu asalkan Kau permudahkan jodohnya ya Allah. Dalam usia ku ini, aku seboleh-bolehnya mengelak dari berfikir soal jodoh meskipun ada dikalangan rakan-rakanku yang telah mendirikan rumah tangga. Rakan-rakanku yang lain begitu beriya-iya berkongsi soal jodoh, rumah tangga dan keluarga yg mereka idam-idamkan. Sedangkan aku hanya mampu menyorokkan semua ini. Ini kerana aku terlalu terikat dengan keadaan keluargaku. Aku melihat rumahku yg disewa dr seorg lelaki bernama Cik Mat yg ku rasakan using buatku. Malah, baru2 ini sahaja, rumahku dilanda banjir. Atap yg telah lebih 15 tahun berkhidmat buat keluargaku tidak lagi kukuh. Keluarga ku terpaksa memanggil orang utk membaiki rumah kami. Sewaktu keluargaku kelam kabut menenangkan keadaan waktu banjir itu, aku pula di Shah Alam.. erm.. hiba yg mampu ku rasakan. Aku berharap, selagi usia ku masih lagi utuh di muka bumi Yang Maha Esa, aku akan berusaha untuk mendapatkan rumah buat keluargaku meskipun bukanlah sebuah banglo mewah, asalkan tempat yang sempurna untuk berteduh. In sha Allah. Sesungguhnya Kaulah yg Maha Mengetahui.

Aku berharap agar usiaku dipanjangkan untuk aku terus berbakti pada semua. Buat keluarga tercinta, keluarga angkat yg tidak pernah putus-putus memberi sokongan, guru-guru yg sentiasa menyokong, sahabat handai dan semua yg dekat denganku. In sha Allah…


*tulisanku bersahaja.. untuk menarik mood menulis blog.. hehe =)

Sekian..


Assalammualaikum. Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah sayang  ^^,

No comments:

Post a Comment