Salam and hai followers
^_^
13 Januari 2013. Ahad.
30 Safar 1434 Hijrah..
H.I.J.R.A.H.. nie topic
pertama yg sy sharekan kepada anda tentang apa yg saya fikirkan. Saya suka
menyebut perkataan ini. Kerana apa? Perkataan ini membawa maksud perpindahan,
perubahan dan peralihan, sama ada tempat mahupun diri kita, dari yg kurang baik
menjadi lebih baik.
Kalau zaman Rasulullah
s.a.w, hijrah baginda kearah untuk menyebarkan syiar Islam dan mengajak umatnya
menyembah Allah yg satu. Kerana tiada Tuhan yg layak disembah melainkan Allah.
Hijrah baginda memberi satu makna hingga tersebarnya agama Islam di serata
dunia pada hari ini.
Kalau zaman sekarang,
hijrah kebanyakannya tertumpu kepada beralih tempat tinggal, dan sebagainya.
Tapi, apakah hijrah yg ingin sy katakan di sini? Di post sy ini. Ini pendapat
sy. Jadi tidak ada kena mengena dengan mana2 sumber atau fakta. Hanya satu
perkongsian.
Sejak kebelakangan
ini,banyak perhijrahan berlaku di sekeliling persekitaran sy. Melihat lebih
ramai daripada mereka berubah menjadi yg lebih baik. Jika dulu, jeans dan
tshirt menjai pilihan, namum kini, pakaian muslimah menjadi satu kemestian yg
selalu sy nampak. Jika dahulu mereka tidak bertudung, tapi hari ini mereka
berubah penampilan mereka dengan bertudung. Yup. Mungkin pakaiannya masih lagi
style yg lama. Namun, adalah lebih baik jika bermula sikit demi sedikit dahulu
kerana yg bertitik mula itu pasti ada penghujung.
Adik sy pernah
mengatakan kepada sy di laman Twitter, bila sy post “cantiknya diaorg yg pakai
bj muslimah ni” lalu adik sy reply, pakai la.. mula2 fake dulu, nt lama2 ikhlas
. Betul juga apa yg dikatakannya. Jadi, kalo sesiapa di sini yg mahu bertudung
tetapi tidak yakin, mulakan lah dengan menjadi fake dulu kerana lama2 niat ini
akan menjadi ikhlas juga. Kita juga tahu, dlm agama juga mewajibkan perempuan
untuk menutup aurat. Jangan perosoalkan kerana ini adalah perintah Allah s.w.t.
Terus terang saya
katakan disini, SANGAT CANTIK bila perempuan berpakaian muslimah. Subhanallah. Sukar
bibir sy cakap yg terdedah itu cantik.
Di MSU, Alhamdulillah sy melihat banyak perempuan2 muslimah ini. Rasa tenang je
melihat. Sedikit sebanyak mendorong diri kita merubah cara berpakaian. Bila
kita berpakain lebih sopan, maka kita dpt mengelakkan diri kita dari anasir2 yg
tidak baik, diri kita jd lebih selamat dan terpelihara. In sha allah.
Penghijrahan seterusnya
ialah penghijrahan hati yg Jahiliah ke arah hati yg suci. Paling meruntun jiwa
sy bila melihat mereka yg dulunya jahil, sosial dan sejahat2 manusia akhirnya
berubah menjadi org yg suci hatinya. Ada diantara mereka memilih untuk
berdakwah selepas penghijrahan dirinya. Alhamdulillah. Ini adalah perkara yg
baik untuk kita jadikan ibrah dalam hidup kita seharian. Mereka2 ini mendapat
hidayahNya dr mimpi, mimpi kiamat dan sebagainya. Mendengar cerita mereka,
tidak timbulkan insaf dalam diri kita untuk menjadi seperti mereka. Mereka yg
diluar sana masih lagi seronok dengan kenikmatan dunia. Ambillah iktibar dr
perjalanan mereka ini. Mungkin kita bukan insan terpilih untuk mendapat mimpi
seperti mereka tp kita adalah insan yg terpilih untuk menjadi pengikutnya
kelak. Terus terang sy katakan, sy bukan insan sempurna untuk berbicara tp
untuk meluahkan dan berkongsi, apa salahnnya kan.
Rezeki dariNya bukan
berada di satu tempat sahaja. Maka berhijrahlah kita untuk mencari rezekiNya.
Janganlah kita putus asa jika tidak punya rezeki di tempat sendiri. Mungkin ada
hikmahnya rezeki dicari ditempat org. Sabar dan sabarlah mencari rezekiNya.
Dengan berhijrah, kita dapat menubah nasib kita. Pernah dengar frasa ini?
“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah
nasibnya sendiri” tolong betulkan saya kalau saya salah k. Jadi, sudah terang
lagi bersuluh, yg kabur nampak nyata, yg nyata nampak jelas. Berhijrahlah
mencari rezeki kerana rezeki Allah itu ada dimana2. Bertempiaranlah kamu
mencari rezeki Allah.
Akhir kata, JOM
HIJRAH!!!! Sekian….
Assalammualaikum.. Tak jawab dosa! Kalau jawab, Allah
sayang =)
No comments:
Post a Comment